Tuesday, April 4, 2017

Mengalah Juga

Aqlan sebenarnya menunjukkan tanda2 selsema lepas balik main di Kidzoona AEON. Tapi tengok dia still rilek..hahaha..nampak tak ibu dia assume. Ok jangan nak kecam. Ini budak memang tough. Jarang jatuh sakit. Selsema dengar sot sot je takde apa keluar. Demam batuk semua takde.

Tapi hari ni ke Klinik Nadi Iman tu juga sebab abah dia pulak rasa tak senang. Kita pun fikir juga malam tadi dia dah mula susah tidur. Dah spray nasal tu pun adalah keluar sikit hingus. Sebab dia ni tak pandai nak hembus keluar. Dah suara start sengau sikit baru nak jumpa doktor.

Jumpa doktor sekejap je. Cek demam...memang takde. Batuk takde. So ubat untuk hidung dan minum jelah..tu pun dah RM54.

Kenapa tak pergi klinik gomen ya? Cuaca hari ni panas. Kami nak cepat2 balik rumah. Laki pun masih tak sihat. Kerja juga dari rumah. Aku sendiri pun hampir pening kepala dengan cuaca sangat panas hari ni. Klinik gomen lagi bagus, tapi itulah bayar mahal untuk beli masa..takde orang queue.

Balik rumah duduk jelah dalam rumah tu diam2. Tunggu cuaca sejuk sikit...
Previous Post
Next Post

About Author

4 comments:

  1. semoga aqlan speedy recovery ya..xpe la bayar mahal mungkin ubt yg doktor kasi tu cepat baik, ubat ori ke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hemah hemah hemoh hemoh la kamu ni....mana la kita tau tapi dia dah beransur baik. Tq for doa..

      Delete
  2. Replies
    1. Dia masih budak..makan memilih jugak. Tapi susu kena minum setiap hari😊😊

      Delete

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.