Selasa, 11 April 2017

Resipi Teh Tarik Sedap

Siapa tak suka teh tarik? Walaupun lepas minum waktu malam tak boleh lelap mata dah tapi aku tetap order kat kedai mamak.

Dulu2 pergi mapley.

Dulu2 buat juga tapi tak cukup bitter. Aku suka rasa kelat2.

Teh tarik sedap kadang dapat di jamuan2 kenduri kawin. Kalau nak mahal punya pergilah Concorde. Ermm sedap pastu timbang kati nak bayar. Hehe.

Kak ipar aku kalau ke rumah dia mulalah dia buat teh tarik khas untuk aku. Dia sendiri tak minum. Maka aku minum bergelas2. Nak ke tandas je pastu mata cengkang. Bila tanya apa rahsia? Garam.

Yang sorang kawan tu pulak dia borak dengan chef sebuah hotel dan bagi resipi tapi dah lupa. Adalah campuran nisbah teh tertentu.

Aku pun buat berkali2 beberapa kali gagal. Kau tahu jelah rasa teh tarik coroi. Tak sedap ok..

Nah kali ni aku cuba buat ingat2 lupa baik aku salin supaya tak lupa dah. Resipi ni kadang terjadi bila dah try banyak kali. Lama2 asyik buat baru hafal. Kalau tak asyik tengok buku..

Teh tarik segelas sekarang berapa harga? Sejak tak kerja semua laki bayarkan. Semua dibelanja. Duit poket habis ke barang jahitan dan barang penjagaan diri. Gitewwwww. Muka camtu jugak. Maintain..hahaha.




6 uncang teh Lipton
3 sudu kecil susu pekat manis F&N
2 sudu kecil susu cair Ideal
Secubit garam gunung warna merah
Air panas lepas menggelegak
Gelas 300ml

So kalau pakai jug ke kenalah resipi lain pulak. Maybe kena masak teh tu..

Teh tarik kakak aku sorang tu pun sedap..

Dulu selalu enjoy teh tarik dengan Ana semasa tinggal bersama. Hehe..

4 ulasan:

  1. ms up gmbar kat IG terus terliaur tau, ada org ckp teh tarik yg urhmmm letak secubit garam sikit, sikit jee, tp mmg ternyata memg kaw laaaaaa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silalah buat. Harga minuman kat kedai sekarang merepek.

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.