Ahad, 9 April 2017

Oh MyTown! Oh Ikea!

3 kedai yang aku suka;
  1. Karysma
  2. Ikea 
  3. Spotlight 
Bagus sekarang Spotlight dah nak dibuka dalam MyTown. Erm sesuai sangat sebelah Ikea jer. Naik escalator sampailah..


Ke Ikea adalah benda2 nak beli tercapai. Hehe..

Beli apa je...
  • hanger 3 batang
  • Mangkuk kaca untuk batter siap ada muncung senang nak tuang adunan tu nanti..
  • Plastik simpan baju apa panggilan dia sebenarnya ntahla..dah baju berhabuk kalau gantung luar almari baik masuk dalam plastik tu.
  • Papan pemotong juga boleh dijadikan papan mencanai. Ah nak buat kulit karipap kan.
  • Penyepit untuk plastik simpan makanan berlebihan. Eh ada 30 kot murah..
  • Rak Penyangkut untuk hanger. Nak suruh laki gantung kat bilik menjahit. Barulah puas hati.
Laki beli 2 botol kaca untuk letak air cendawan dia je. Hehe. Eh dia juga beli beg Ikea kecil. Kemudian cashier mintak poskod rumah. Aku pun confuse tapi bagi jelah. Siap beg plastik biru saiz kecil tu di kontrol ya. Ada di meja cashier sahaja.

Memanglah sebelum tu makan dulu di kafe baru shopping. Datang jam 9.08am balik jam 12.30pm camtu. Puas hati den takyah rebut2 dengan orang ramai dalam showroom. 

Budak Aqlan tak ikut, opah dia jagakan kejap. Kalau tak memang takleh nak tumpu beli apa. Eh eh dating dalam Ikea pun happy. Hehe.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.