In Bapak

Bila Belek Album Lama

Bila semakin canggih peralatan mengambil gambar, gambar semua tak print dah. Dari kamera di kedai, pinjam kamera, beli kamera filem, kemudian kamera digital dan kamera handphone sebelum akhirnya smartphone menggantikan hampir semua jenis alat ambil gambar.

Masa aku kawin gambar dah tak print sendiri. Harap photographer yang print. Last print gambar ialah masa majlis merisik untui diberi kepada emak. Mak suka simpan gambar. Sama dengan arwah bapak.

Hari ni datang ziarah mak aku pun puaslah belek album gambar yang mak bawa dari Koyan. Aku cuba cari gambar berdua kak Ma dan bapak tapi takde pulak. Gambar aku adalah. Hehe zaman melidi.

Bila tengok gambar2 tu banyak je tak sempurna. Yelah dah guna filem kena cuci semua la tak boleh pilih. Bayar aja kat cina kedai.

Tengok balik gambar rumah lama2 sayu juga..terkenang zaman kecil2 dulu. Haha. Zaman tahu nak main aje. Tak fikir tanggungjawab satu pun. Itulah bila tengok anak sendiri dengan umurnya sekarang dia pun tahu main aje..


Ni salah satu gambar ketika bapak masih bekeja sebagai Navy. Membawanya keliling dunia.


Ni gambar lukisan yang sangat hidup. Yup ni mirip muka adik aku juga. Dan patutla kalau kawan2 arwah bapak jumpa adikku, pasti akan berkata muka bapak aku yang dicopy paste sebijik.

Adik aku gelak sama dengan arwah bapak aku. Gigi diorang teratur cantik je.

Eh eh aku takde serupa ke?

Hidung kami sama! HeheheπŸ˜‰


Related Articles

4 comments:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.

Weekly Popular

Comments

Cerita Lain-Lain