Rabu, 19 April 2017

Ni Sambal Ke Kari Sotong?

Lepas baca blog cahaya hidupku hari ni teusla aku bersemangat nak buat sotong sumbat. Resipi tiru kat blog beliau.

Sotong sumbat aku buat 5 je. Tapi inti yang aku buat berlebihan jadi aku buat roti gulung kemudian dibakar dan juga buat nasi goreng untuk Aqlan.

Yang penting laki balik makan cakap sedap cuma dia kata ada rasa manis. Dia tak suka manis. Kan ada letak gula dan mayonis sesuaila manis2 macam anis😛😜

Fine nah amik gambar tengok..


Kan nampak macam kari sotong tapi ada je letak cili kisar. Ok kat bawah gambar2 diambil masa penyediaan. Tah la first time buat agak lama rasanya...haha.

Hand chopper memang hancur..ibarat menumbuk. Cuma lenguh tu tetap ada kalau bahan2 tu tak cukup lembut macam lobak dan sosej.

2 biji bawang merah, 2 ulas bawang putih, lobak sebatang

1 biji Bawang potong bulat ni untuk masak sambal nanti.

Mula2 tak rebus sosej, tapi sebab susah nak hancurkan kan dia guna alat tu jadi rebus kasi lembut. 3 sosej digunakan.

Bahan campuran tadi..telah hancur tapi tangan lenguh juga..keluar muscle💪💪💪

Semua bahan tadi digoreng dulu dengan 2 biji telur. 

Last sekali letak mayonis. Yums sebagai bahan pelekat.

Sotong saiz kecil je. Kata laki inilah yang paling besar ada di kedai hari tu. Takpe.

Sumbat inti tak boleh penuh macam ni. Kena bagi ruang sedikit untuk letak balik kepala sotong sebelum dicucuk dengan Pencungkil gigi sebagai penghalang untuk elak inti terkeluar semasa masak.

Jangan masak sotong lama2..nanti liat. Tapi tang ni memang nasib kaulah..kadang dah jaga pun liat. Alhamdulillah ok makan tak liat. Campuran sos cili, cili kisar, serbuk kari, air asam jawa, gula dan garam secukup rasa


 Kalau dah makan dengan nasi putih tu masaklah sayur yang dimasak dengan cara mudah je sebab dah lama sangat menyumbat sotong tu. Hehe

Guna penukul beli kat Tesco. Tujuan asal beli nak ketuk daging..Syok juga.

10 ulasan:

  1. bestnya hand chopper tu.. hancur cantik je tengok..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu beli kat Mr DIY je. Senang guna..tak kuasa nak hiris2 guna pisau. Hehehe

      Padam
  2. dap tak anis?? if hasilnya lumayan.harus dicoba ini!.. huhu. Sbb i dgn sotong mmg bff till jannah.. sotong ni sejenis menatang yg mudah. siang mudah..basuh mudah, masak pun sekejap je siap.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau laki cakap sedap tu memamg sedap..haha..sebab laki cerewet ok..

      Padam
  3. hoiii pagi2 dah buat org terliur tau..haha
    eh sama la ada hari tu, mula2 masak sambal sotong, lepas tu sotong kan berair (dah tos),lps tu terus jadi kari sotong hahaa

    BalasPadam
  4. Salam Khamis.Menyinggah bila ada kelapangan. yg penting msk sendiri terbaik tu he3

    BalasPadam
  5. Wah nampak menarik dan sedap! rasa nak suruh mak buat pulak nanti hehehe.
    Saya singgah blog ni dan follow ya kak.
    Salam kenalan, jemput singgah blog saya jika berkelapangan :)

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.