Kami makan kat Suki-Ya Da:Men. Sebabnya lokasi dan susunan meja kerusi kedai memenuhi citarasa kami. Hehe.
Da:Men ni dekat je dengan rumah...tapi tetaplah kena bayar tol kalau nak pergi. Parking pun hari biasa 3 jam pertam RM1 je. Kan ke murah...surau pun mudah nak pergi. Dari Suki-Ya tu terus pergi ke arah lift turun level LG boleh nampak terus signboard surau. Ianya pun bersih dan air besar. Hehe. Itu penting.
Suki-Ya tu sendiri amat terbuka. Jadi takdela kelemasan dengan bauan kuah sup yang dipanaskan..port kami selalu kat bahagian 2 dari belakang sekali. Situ sejuk.
Sampai2 je anak aku terus menuju mesin aiskrim. Bagi jelah dari dia meratib kat situ aiskrim aiskrim.
Kat sini juga hidangan paling penting makanlah hirisan daging celur tu. Aku selalu suka makan kambing dengan lembu je. Ayam aku susah sikit. Buffet malam harga lagi mahal dari siang.
Dah kenyang bergambar kejap kemudian balik rumah terbongkang.
Jumaat, 28 April 2017
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.