Perjalanan Isra' dan Mikraj merupakan perjalanan yang penuh muhasabah yang menunjukkan betapa Maha Kuasanya Allah.. Bagaimana Nabi Muhammad S.A.W, menempuh jarak ribuan bahkan jutaan kilometer hanya dalam satu malam sahaja..
Dalam perjalanan ini, Allah kuasakan Nabi Muhammad mampu melihat keadaan sekitar yang baginda lewati yang penuh dengan pengajaran kepada umatnya salah satunya kepada;
WANITA..
Diriwayatkan Saidina Ali r.a bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah SAW dan mereka menemui Baginda sedang menangis.
Mengapa Rasulullah menangis ?
Mereka bertanya kepada Baginda SAW: “Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?” Baginda SAW menjawab: “Pada malam aku di Israk ke langit, aku melihat orang sedang mengalami pelbagai penyeksaan, apabila teringatkan mereka aku menangis.”
Rasulullah SAW dengan keadaan teresak-esak menceritakan pengalaman Baginda menyaksikan balasan azab dahsyat terhadap kebanyakkan golongan wanita ketika Israk Mikraj kepada Saidina Ali dan Fatimah r.a.:
1⃣ Perempuan digantung rambutnya dan otak kepalanya menggelegak disebabkan tidak menutup rambut daripada kalangan lelaki dan bukan muhrimnya.
2⃣ Perempuan digantung lidahnya, dijadikan lidahnya sepanjang 70 zira’ (hasta) kemudian diikat di belakang tengkoknya, tangannya diikatkan ke belakang dan timah cair dicurah ke kerongkongnya (tekak), akibat daripada menggunakan mulutnya (kata-kata) untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.
3⃣ Perempuan yang digantung buah dadanya dari balik punggung sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa izin suaminya.
4⃣ Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing dan bersolek serta berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.
5⃣ Perempuan yang digantung sambil kedua kakinya dan tangannya diikat ke ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala jengking kepadanya; disebabkan ia boleh solat tetapi tidak mengerjakannya dan keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.
6⃣ Perempuan yang memakan dagingnya sendiri dan di bawahnya dinyalakan api neraka; disebabkan tidak mahu mandi wajib daripada suci haid dan nifas.
7⃣ Perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya (ususnya) sendiri. kerana ia suka berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka membicakan keaiban dan mengumpat orang.
8⃣ Perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, darah dan otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kulit, kusta dan sopak; adalah akibat daripada dia mampu mengerjakan solat dan puasa. Tetapi dia tidak mahu berwuduk dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.
9⃣ Perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar (keldai) dan mendapat berbagai kesengsaraan; disebabkan dia suka berbohong dan melaga-lagakan orang lain.
🔟 Perempuan yang rupanya seperti anjing, sementara kala dan ular masuk ke mulut, kemaluan dan duburnya. Malaikat memukulnya dengan corong api neraka; disebabkan dia suka membuat fitnah dan marah-marah serta membenci suaminya.
1⃣1⃣ Kebanyakan ahli neraka adalah perempuan kerana mereka mengingkari suaminya dan mengkufurkan ihsannya serta mereka sering rasa tidak berpuas hati dan tidak cukup walaupun suaminya telah banyak berbuat baik kepadanya.
Rasulullah SAW bersabda lagi: “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan.
Rasulullah SAW ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda SAW menjawab: “Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup.” (Hadis riwayat Bukhari)
Allahurabi..
Begitu banyak Allah Ya Zohir telah menzohirkan balasan-balasan terhadap wanita yang melakukan dosa.. Mudahan Allah Ya Nur Ya Hadi Ya Haq pancarkan cahaya hidayah-Nya untuk sentiasa membimbing hati kita agar terhindar daripada azab kubur kelak..
Semoga perjalanan Isra' & Mikraj menjadi pengajaran dan iktibar buat yang bergelar wanita.. Dari hari ini dan saat ini jom jadi wanita yang dirindui syurga bukannya wanita penungu neraka.. Nauzubillah..
Isnin, 24 April 2017
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Mudah2an kita terhindar dari azab2 tersebut.
BalasPadamMasih ada masa untuk kita bertaubat dan memperbaiki diri.
Muhasabah diri bila baca hal2 sebegini.
Padamhukuman 1 hingga 10 sahih ke dari hadis? boleh bagi hadis asal?
BalasPadam