- Untuk kulit yang lebih lembut dan licin. Sapukan almond oil selepas mandi. Ia juga sangat elok untuk kulit bayi.
- Untuk pembersihan kulit muka secara mendalam. Gunakan almond oil sebagai penanggal mekap. Ia juga sangat sesuai untuk digunakan sekitar mata yang merupakan kawasan sensitif. Jadikan ia skrub, hanya campurkan dengan gula pasir dan lakukan skrub muka sekali seminggu.
- Nyahkan lingkaran gelap sekitar mata dan kulit tan yang tak diingini. Sapukan pada keliling mata sebelum tidur. Untuk mengatasi keradangan akibat kulit terbakar sewaktu bercuti di tepi pantai, campurkan almond oil dengan beberapa titis perahan lemon dan sesudu kecil madu. Sapu dan urut pada kawasan tersebut dan biarkan sejam. Kemudian bilas dengan air biasa.
- Untuk melegakan kegatalan akibat ekzema dan psoraisis. Sapukan pada kawasan yang mengalami keradangan. Untuk hasil lebih baik campurkan bersama dengan minyak essential lain.
- Merawat ruam kulit. Sapukan pada kawasan berkenaan dan biarkan sehingga ia meresap ke dalam kulit.
- Mengurangkan kedutan dan tanda2 penuaan. Sapukan almond oil untuk mengunci kelembapan semulajadi kulit dari hilang akibat faktor2 pencemaran udara seperti asap rokok, sinaran matahari dan dehidrasi.
- Atasi keletihan dan sakit sendi. Panaskan almond oil sehingga betul2 panas, sapukan pada bahagian sakit kemudian ambil tuala tebal yang direndam dalam air panas, perah dan gunakan untuk menutupi bahagian yang disapu tadi selama setengah jam atau mengikut keselesaan. Cara ini dapat mengurangkan keletihan otot2 sendi kerana ia menyahkan toksin.
- Mengawal keguguran rambut. Ambil sesudu almond oil dan panaskan. Sapu pada seluruh kulit kepala selepas mandi sebelum tidur. Lakukan setiap hari. Memakan beberapa biji almond setiap hari, mencampurkan almond oil ke dalam salad atau smoothie anda setiap hari dapat merawat keguguran rambut dari dalam.
- Untuk rambut panjang bersinar. Selepas mandi keringkan rambut. Sapukan almond oil pada tapak tangan dan kemudian urut kulit kepala. Elusi rambut anda dengan menggunakan jari dan sikat bergigi jarang. Ia mengelakkan rambut dari kekeringan akibat penggunaan syampu yang kerap dan rambut terbelah hujung.
- Untuk kuku yang lebih sihat. Titiskan almond oil yang dipanaskan kemudian dibiarkan suam dahulu sebelum disapu pada kuku anda. Kuku akan lebih sihat dan tebal. Ia juga elok untuk mengelakkan kuku dari patah.
- Jantung yang lebih sihat. Titiskan almond oil ke dalam salad harian anda bagi mengurangkan tekanan darah dan menaikkan kolesterol HDL iaitu kolesterol baik.
Artikel ini diterjemahkan mengikut keperluan aku. Haha. Sebab ada sebotol almond oil di rumah dan laki cakap u cari apa benda boleh buat dengan minyak ni. Baik. Bab yang aku suka tang nak rawat kuku dan rambut. Memang banyak kelebihan pun. Tinggal rajin dengan tak je nak dibuat..aku beli cuticle oil Farmasi pun dah RM24 kot dulu. La ni pakai almond oil jelahhh. Almond oil ni nangis beli RM199. Tapi beli juga...sebab tahu kebaikan banyak..
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.