Jumaat, 21 April 2017

,

Bersikap Jujurlah Dengan Anak

Selalu bila abah Aqlan nak ke masjid dia mesti nak ikut sekali. Mula2 dulu bagitahu dia tak faham. Dia menangis. Dia nak ikut juga. Tapi bila kami cakap terus terang lama2 baru dia faham. Mungkin sebab dia dah kenal masjid tu apa. Kami pergi masjid kami bagitahu. Dia mula2 dulu nampak khemah orang kawin pun dia mata masjid. Khemah orang jual kereta pun dia kata masjid. La ni dia dah pandai bezakan antarak kubah dengan khemah.

Aku selalu cakap abah ke masjid. Selalu dia aku mandikan dan abah dia cepat2 lari ke masjid. Bila keluar bilik air dia akan tanya where is abah?  Sambil sedih2 rasa ditipu kena pergi mandi dan keluar je bilik air abah dah tinggalkan dia. Jadi aku memang terus terang je cakap. Abah ke masjid.. Aqlan tak boleh ikut. Aqlan masih kecil. Belum sunat. Dia dengar dan faham.

Begitu juga halnya bila abah dia pergi kerja. Dia akan nak ikut menuju ke pintu dan pakai kasut. Kami terangkan juga. Abah goes to work. Abah need to work to find money then can buy food.. chicken for you..memang dia menangis mula2 dulu puas aku pujuk sebab dia tak faham. Bila dia tahu kami ke drive thru dan beli chicken nuggets tu dia faham la akhirnya. Haha..

Kadang abah dia dok melayan juga pusing satu round. Aku cakap jangan biasakan nanti susah. Memang bila dah jalan satu round dia akan ok. Budak mana tak suka naik ketaaaaa....

Kalau control bagi cookie aku kadang bagi 3 keping je. Dia nak lagi aku cakap tomorrow. Dia tak faham..aku cakap sampai akhirnya dia mengalah. Aku pun kenalah sorok cookie tu. Esok dia ingat dia mintak. Kadang dia tak ingat.. hahaha..tapi bagilah supaya dia tahu kita jujur dengan dia.

Dia cuma cakap apa yang dia rasa nak sebut. Kalau dia rasa orang faham dia bagi isyarat je. Pandai2 lah aku memahaminya..

4 ulasan:

  1. Menarik perkongsian akak :)
    Betul tu, bersikap jujur sahaja pada anak. Jangan biasakan menipu sebab kita sebagai ibu bapa kena tunjuk contoh yang baik kan? So that nanti baru anak tu akan contohi perkara yang baik-baik ja. (komen dari seorang insan yang single) sorry.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jadi ibu bapa contoh bukan mudah...

      Padam
    2. Betul tu, takut pula nak bergelar bapa nanti haha.

      Padam
    3. Jika niat nak dapat anak tu untuk tambah umat Nabi dan bersikap bertanggungjawab tu Insyaallah mudah nak didik anak tu.

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.