Tuesday, January 31, 2017

Muka Togel

Lepas lap2 mekap macam inilah rupanya. Ada kesan2 jerawat dan dot2 merah kecil. Mata puk sembab sebab mengantuk.

Pagi minum nescafe 2 sachet. Lunch makan mee udang di Mak Teh Kuala Sepetang.

Kemudiam ke pejabat kerajaan teman mama bayar cukai2.

Balik rumah mama di Taiping dan solat. Ni muka tengah tunggu turn ni..



Monday, January 30, 2017

Kedai RM2 Yang Mengancam Duit

Benda paling seronok beli kat sini ialah stationeries. Kedua barang dapur. Ketiga barang jahitan.

Seterusnya mainan yang bersifat sementara. Macam kalau rosak pun takpalahhhhhh..lepas membeli semua tinggal dalam kereta je..tak kuasa nak bawak masuk. Sebab most likely banyak mainan. Nak bagi Aqlan satu persatu..






Sebelum tu ke AEON Klebang. Cari krim muka. Lama dah tak pakai sejak buang yang lama belum beli pengganti. Jadi aku pun nak try Cosmoderm la.. tengok serasi ke tidakkk... dah beli kat AEON Wellness lebih RM20 mulalah membeli PWP. Iaitu berus gigi dan syampu.

Aku seronok shopping sebab dah lama tak masuk mall..dah berbulan kot..


Aku ni kulit kering, sebenarnya nak pakai botol kaler biru tapi dah 2 kedai masuk tak jumpa. So yang ni untuk normal ke kering jadilahhhh..

Sunday, January 29, 2017

Balik Kampung Starter Pack

Ni sebahagian je..


Belum masuk toiletries, makanan seperti susu dan kudapan, dan minuman.

Orang lain dah balik bercuti semalam lagi, kami baru nak pack..slow and steady.

2 Buku tak habis baca lagi dah ambik buku baru yang belum koyak plastik. Aku kalau tak suka sangat tu memang susah nak hadam dan habiskan..walaupun ada masa nak membaca.

Saturday, January 28, 2017

Happy Chinese New Year

Niat dihati nak lawak keluarga sahabat lama..tapi hari jadi tak gembira sejak jam 1 pagi..

Maka tidur jadi tak mencukupi.. maka bila dah hampir siap2 nak keluar datang mengantuk yang melampau..maka tidurlah dengan anak atas katil jam 3 petang. Awal na tidur petang..😪😪😪

Selepas isyak baru keluar rumah sebab nak makan prosperity burger McD. Laki bantai 2 jenis terus. Alahai rasa pendek la burger.. mintak bawang extra pun still macam tak banyak macam 10 tahun lepas.. kalau dulu2 laki cakap dapat beli dalam RM7 ala carte..la ni RM10.88. Aku ingat setiap kali nak masuk CNY aku mesti beli. Every year wajib makan..makin lama makin pendek dan kurang filing. Sedih.

Btw habis makan kami berbual pasal harga dibayar untuk 3 burger. Satu set 2 lagi ala carte. Free 1 medium fries sebab lebih RM20, drive thru je..kami dah lama tak makan dalam kedai. Bayar RM38 lebih..sebelum tu beli nugget KFC 9 biji RM9.90. Dah nak dekat RM50. Kalau makan kat rumah memang jimat tapi kan laki nak belanja makan. Dah hari2 kita masak kat rumah..kita pun penat juga..dan ya memang kita jadi cerewet pasal makanan yang siap sekarang. Isunya ialah mahal, tak tahu punca, tahap kebersihan dan siapa yang sediakan. Hati kan dibentuk dari makanan. Sakit puncanya dari perut. Maka mencari yang halal itulah yang wajib.

Jadi belajarlah lagi skil memasak tu sampai makanan kat rumah lebih enak dan seronok dinikmati berbanding makanan di kedai2. Ini pesanan untuk diri aku sebab aku ada anak. Dan tanggungjawab menyediakan makanan yang baik itu adalah terletak pada ibu dan abahnya.


Ajar budak ni bawak barang mainan letak dalam bakul. Lama dah diajarnya..kadang dibuat kadang tidak. Kadang kita pulak kena pegangkan mainan2 dia. Kadang2 bila bawak bakul baju turun untuk dibasuh, sibuk dia tumpang.

Friday, January 27, 2017

Packing Lagi

Sempena cuti tahun baru cina dan hari wilayah, laki ambil cuti panjang..so kenalah pack beg lagi untuk cuti yang tak tahu berapa lama. Eh..maksimum seminggu la.

28 dan 29 Jan 2017 cuti CNY. Kemudian 30 cuti free.. 1 Feb 2017 jatuh Rabu, alang2 katanya..

Kita ngikut ajer...jalan2 pun best juga cuma takdelah beria mana. Orang bekerja perlu rehatkan badan dan otak juga..surirumah pulak yang kerja takde time table dapat cuti dari masak dan cuci pinggan pun dah happy. Kekeke.


Mohle balik Perak..

Tak kemas baju pun lagi hari ni lipat kain berlambak. Lepastu update nasab keluarga.

Thursday, January 26, 2017

Kek Buah Kukus Supermoist

Gitewwwww tajuk mengundang.

Mula2 kita kredit pada Yatie yang share resipi dalam blog beliau. Resipi tahun 2015 tu..aku dok salin tahun 2016. 2017 baru ada hati nak buat. Yang penting hasil mantap!.

Kepada pembaca silalah ke blog Yatie kalau nak ikut langkah2nya (yang tentu ada aku olah sikit..)

Bagi penggunaan barang2.. (aku ni bab barang2 agak standard sikit..bukan main pakai je..dah ada kan..kalau takde lain citer.. itulah untung beli perkakas dapur banyak2 sebelum kawin.. dah kawin ko beli benda lain jek)

Mesti ada

Periuk kukus..aku punya setingkat je beli kat Carrefour zaman dulu kala kat Ampang nun. La ni dah jadi Aeon Big. Penutupnya kaca jadi boleh tengok makanan yang dikukus. Syok kan..macam mak aku punya yang besi louang tulah..asal nak tengok kena angkat penutup.. dahle panas..kena hati2. Mak punya 2 tingkat.

Loyang untuk isi adunan. Aku beli kat Aino..ada lagi ke Aino ni..dulu aku suka sangat masuk tengok perkakas dapur. Ada 3 saiz..yang paling besar tak muat saiz periuk kukus aku. Aku pakai saiz nombor 2. Yang bestnya boleh turunkan alas dia dari klip tepi. Dulu2 aku tengok rancangan chef wan la dia masak kek guna loyang jenis ni. Punyalah aku simpan hasrat nak beli.. dah kawin baru beli. Ehhhhh yang aku punya mana pergi tahh still dalam kotak sejak pindah..yang ni laki beli kat kedai Bagus...tapi sama je bentuk..aku punya satu je dah RM17. Yang laki beli ni lagi murah dapat 3 saiz harga kurang RM30.

Penimbang. Hat ni kecik ja..buh 350gm gula dah penuh bekas dia. Yang ni aku tak beli tapi laki aku beli..dia ni pun boleh tahan beli perkakas dapur..haha..beli kat Daiso je..so cheap and practical. RM5.30.

Sudu penyukat. Yang ni pun aku beli kat Daiso gak..zaman harga RM5 tanpa GST.

Mangkuk adunan. Yang ni aku pakai 2 kali ni. Satu dok bancuh tepung..satu dok sejukkan adunan yang dimasak.

Periuk untuk masak adunan gula, butter, dan buah buahan campuran.

Senduk kayu mudah untuk kacau2..pun 2..satu lagi tu senduk kayu yang macam garfu tu. Senang nak kacau adunan atas dapur.

Baking paper. Untuk alas loyang.

Aluminium foil untuk cover loyang adunan sebelum masuk periuk kukus.

Pencungkil gigi kayu. Untuk buat lubang atas aluminium foil.

Pengadun untuk kacau telur dan esen vanila. Aku pakai yang guna tangan je. Pusing2 sampai naik buih. Lenguh juga.

Bekas kek. Ni beli kat Lazada_my berzaman dah baru nak pakai. Kalau tak buat hiasan atas rak. Nasib laki tak tanya bila nak pakai.

Pisau potong kek. Sanggup beli tu tanak pakai yang free beli kek tu.

Oklah takkan nak cakap dapur dan tong gas pun kena ada..haha

Resipi Kek Buah Kukus

Bahan ayak
350gm tepung gandum
1 sudu kecil tartar
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk buah pala

Bahan masak
350gm gula pasir
60ml air panas
250gm butter (yang kita pakai rega RM9..kata Yatie elok pakai yang berkualiti)
300gm buah buahan campuran brand Nona

Bahan pukul😆😆
Telur gred A 3 biji
1 sudu kecil esen vanila

Cara2 aku buatlah ek..
Masak gula pasir sampai cair kekuningan, tambahkan air sedikit demi sedikit.
Kemudian masukkan butter yang dah dilembutkan pada suhu bilik. Kacau sebati dengan gula tadi.
Masukkan buah buahan campuran. Siap masak sejukkan. Tapi aku suam2 je dah guna..

Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit dalam adunan butter mix fruits tu. Aku lupa ayak yang lain..ayam tepung jaaa..haha..masa ni adunan jadi memekat lak risau..pastu bila dah masukkan adunan telur+vanila tu baru confident sikit.

Sapu loyang dengan butter termasuk atas baking paper. Pindahkan adunan. Ok sebelum tu didihkan air periuk kukus siap2..

Tutup loyang dengan aluminium foil..jangan tebukla macam aku dah pergi tebuk..ngok ngekk patut tebuk lepas dah masak 4 jam. Untuk kasi wap panas keluar.

Masak 2 jam pertama api sederhana. 2 jam kedua api kecil. Kalau air rebusan tu kurang tambah air panas..jangan air sejuk kang amik masa lak dia nak masak air tu.

Dah masak 10 minit biarkan dulu baru keluarkan dari loyang. Tapi aku biar hampir 20 minit. Kata Yatie kek sedap dimakan lepas 2 hari..tapi siapa yang boleh sabar...




Siapa suka kek buah silalah cuba.. aku memang suka sangat kek buah..tapi selalu dapat yang kering..i suka yang lembab2..hehe

Wednesday, January 25, 2017

Me Trying To Cook Steam Fruit Cake



Bila dah jadi sepenuhnya baru share resipi yang disalin dari internet. Hehe. Baru 1 jam atas dapur..gegege..

Update

Ok dah siap masak selepas 4 jam atas dapur dikukus 2 jam api sederhana dan 2 jam api kecil. Bila air hampir kering, tambah air panas..

Hampir 20 minit baru buka aluminium foil yang dah dicucuk siap2 sebelum mengukus tadi. Ermm tang sini aku confuse sikit pasal petua masak aku dah salah ni. Ikutkan lepas dah masak 4 jam baru cucuk2 lubang bagi wap panas keluar. Btw sedap je kat tekak aku..dan laki pun suka..dan si Aqlan pun nak lagi tapi aku cakap esok je makan lagi..



Kek ni tak diterbalikkan seperti biasa. Aku pakai loyang boleh turunkan kek dari bahagian bawah dengan satu klip khas pada tepi loyang. So rupanya yang agak tak lawa ni mungkin disebabkan air wap kukus masuk ikut aluminium foil.


Rasanya seperti topping atas pecan cinnabon dan teksturnya supermoist which is aku suka sangat. Petua kata potong kek bila kek benar2 dah kering. So ya kek ni masih lagi panas masa dipotong. Dah semua tak sabar nak makan..

Tuesday, January 24, 2017

Jubah Telekung Akhirnya Siap Juga

Lama betul nak siapkan. Sebenarnya banyak buat test. Salah sana sini jangan cakapla kat telekung2 lama yang telah di alter tu.

Agak2 ada ke orang nak tempah? Aku buat ni sebenarnya untuk menguji tahap kemahiran menjahit aku. Btw telekung jubah ni senang untuk travel. Sekali arung ko..


Dulu aku buat kaler hitam lebar sikit..ni atas permintaan nak kurang lebar..sebab asyik terpijak bila bangun dari duduk.

Terima kasih pada cikgu2 di internet. Saya ambil ilmu bercampur2..inilah hasilnya.


Cahaya menjadikan warna gambar di atas dan sebelumnya berbeza. Padahal dari kain yang sama.

Monday, January 23, 2017

Baca

Memupuk hobi membaca ni elok dari kecil. Walaupun dulu masa takde anak aku sangat suka baca buku dan akui sekarang ni jarang2 baca buku dah..asal baca ada je orang sebelah nak baca gak..

Pun aku masih beli buku dan bertahun2 tak habis2 baca sejak mengandung pun ada. Bayangkan dah lebih 3 tahun buku yang sama masih belum habis dibaca. Sebab ianya berat. Buku tu isinya berat..buku tu sendiri berat dan tebal.


Dia buat slinky jadi gelang pulak dah...buku kamu mana?

Baca Quran tafsir sangat syok. Lagi2 yang ada tafsiran dan hadis2 sokongan berkenaan ayat2 Quran yang diturunkan. Penjelasan ini memberi banyak ilmu baru. Belilah Quran Amazing. Sangat2 digalakkan.

Sunday, January 22, 2017

Hajat Dihati Nak Makan Di Nilai

Disebabkan semalam makan banyak jeruk, perut aku sebu dan kembung semacam. Dah keluarkan bahan nak masak kemudian simpan balik. Sempat makan bubur gandum yang dimasak laki semalam. Sedap tau tak..sanggup ke Giant malam2 buta cari gandum nak masak bubur hari Jumaat lepas.

Kami pun ke Nilai. Jalan2..pastu nak ke kedai bubur nasi yang famous...dah sampai tak buka rupanya..takde rezeki...sudahnya kami pun balik. Dan aku dalam keadaan masing weng2 ni nak kena kuatkan diri untuk masak. Nasib laki sangat memahami jadi dia sediakan bahan2. Aku cuma main masak2..campak2... adalah resipi. Laki aku yang nak makan sangat beria dia cari resipi. Kita turutkan jelah...

Hasil kasih sayang suami isteri. 😆😆😆

Hasil kasih sayang suami semalam. Sedap sangat2 dia masak bubur ni....

Saturday, January 21, 2017

Jalan2 Ke Taman Wawasan Putrajaya

Taman ni berada dekat dengan pejabat Wisma Putra. Laki ajak ke sini mengimbau kenangan dia pernah ada job berbulan2 kat situ. Ok kasi chance la..

Disebabkan jauh terletak mungkin ramai yang tak tahu pasal taman ni. Jadi agak kurang popular dan kami bertiga je kat taman...lalala..

Taman ni ada tangga untuk turun naik..dan boleh juga berjalan turun naik guna jalan biasa. Ok main kejar2 dengan Aqlan pun penat jugak...







Bila jumpa kerusi je nak duduk.. asal boleh.

Sunset at Putrajaya 

Ok bubbles dah habis boleh balik.

Friday, January 20, 2017

Bawak Bekal Makan Ke Ofis, Jimat Dan Mesra

Kenapa mesra weiii? Haha. Sebab aku kata mesra kalau yang masakkan tu isteri ke..mak ke..adik beradik ke..ahli keluarga la senang cakap. Sebab bila diorang masak dan bagi kita bawak bekal kita mesti happy punya kan. 1 jimat, 1 bersih dan 1 dijamin sedap tak sedap tu bergantung pada tekak memasing. Eh.

Last time masak kari ikan bawal lebih...esok laki tapau pergi kerja. Elok dia ke kedai juga beli ulam ulaman dan sambal. Katanya apa yang aku tapaukan banyak jadi dia share dengan orang ofis. Takla semua dapat..sorang je...kekeke..

Kata laki, kawan tu cakap sedap kari teringin nak masak camni siap minta resipi. Aku ni kan masak kari selalu tak berdisiplin. Kadang jadi kadang kureng. Tapi kali ni jadi pulak walaupun kali ni juga masukkan santan kotak. Dah lama tak masak kari santan. Ha la doktor tak bagi makan santan sangat. Tapi ko..kadang2 aku teringin jugak..

Aku cakap dengan laki kalau nak bawak bekal, aku boleh cuba buatkan..CUBA. Sebab sebolehnya laki aku nak masakan dimasak dipagi hari dia pergi kerja. Macam kes kari tu...kari kot memang sedap kalau dah bermalam. Hahahaha..

Oh sebut pasal makanan semalaman ni kata laki kenapa nasi goreng sedap kalau guna nasi semalam? Sebab nasi tu dah mengeluarkan alkohol. Jangan salah sangka banyak...bukanlah jadi najis haram tak boleh makan tapi beras tu jadi nasi dan mengalami proses penapaian. Jadi aku pun sampuk...ohh sebab tu kalau nasi dibiar lama dia jadi busuk..kan dia akan start berbuih dan naik kulat...Even tapai kalau dah terlalu masam macam dah lebih 3-4 hari ke dan rasa dia semacam boleh pulak jatuh haram makan. Ini perkhabaran dari laki yang sangat suka membaca dan menengok dokumentari. Kalau pembaca tak faham perbincangan ilmiah kami ni silalah pergi rujuk...jangan jadikan sandaran membuat keputusan pulak dan kata penulis yang cakap. No no no.

Kami laki bini memang selalu berdiskusi. Itu salah satu untuk bagi otak berfikir. Kan aku ni duk rumah je tak banyak sangat fikir dah macam masa bekerja dulu... puaslah kena buat akaun hari2, audit dan layan tenant punya masalah rental dan parking! Tu pasal aku boleh migrain!

Baik bincang pasal bawak bekal tu hari ni laki tanak sebab Jumaat dia memang makan luar dekat area2 Masjid. Kan senang nak solat Jumaat. Dia suka naaa pergi masjid tentera tu..aku pun pernah dibawa solat kat situ..syok weh feeling anak bekas navy lain macam sikit.

Beberapa tahun akan datang, aku pun kena bekalkan Aqlan makanan untuk ke sekolah macam seorang kawan ni buat. Walau dia bekerja dan penat dia pastikan dirinya masak untuk anak...ni dari segi hikmahnya, anak tu lebih mendengar cakap kita...air tangan ibu katanya..

Harapnya ni bukan visi je tapi jadi realiti. Sayang kamu berdua Encik Zcat dan Aqlan. 😘😘😘

Takde kena mengena tapi bila siap masak je suka hantar gambar ke laki supaya dia balik rumah cepat dan makan.

Thursday, January 19, 2017

Tempoh Usia Mekap Anda (Walaupun Sayang Nak Buang)

yer perempuan dan mekap tak dapat dipisahkan.. ada2 aje nak beli dan buat stok pun ada..,macam aku..gegegege..👄

tapi barang mekap ni ada umurnya ya......jangan nak pakai lama2...(tapi eh sayanglahhh) aku pun macam tu jugak tapi sebab nak elak cari penyakit baik berwaspada..

Krim tangan -
dari pemahaman aku ianya akan bertahan selama 3 tahun. tapi kalau dah dibuka boleh jadi setahun je

losyen tangan dan badan. kena buang yang MFG date tahun 2013 ke bawah.

Minyak wangi -
8 hingga 10 tahun (simpan dalam peti ais atau tempat gelap. aku simpan dalam beg mekap)

Foundation -
Berasaskan air 1 tahun,
Berasaskan minyak 1 setengah tahun

Concealer -
6 bulan hingga 1 tahun

Eye shadow -
powder 2 hingga 3 tahun,
cream  1 hingga 1 setengah tahun

concealer & eye shadow..dah jatuh nasib tak pecah!

Bedak -
Powder - 2 tahun
Cream cushion - 1 tahun

la ni pakai bedak CC jer...

Blusher powder -
2 tahun (yeay!!)

Pensil bulu kening dan eyeliner jenis KOHL -
1 tahun (jauhkan dari tempat berwap)

Gel liner -
1 hingga 2 bulan (sedih mak tahu....)

Liquid eyeliner - 
3 hingga 6 bulan (jangan share jugakkkk, kawan ko nak guna suruh dia beli sendiri)

Eyeliner pensil -
3 tahun

Maskara -
3 hingga 6 bulan (jangan share okay..walaupum kedengaran kedek..ko nak pakai mata lama sampai mati ok)

gel eyebrow, liquid eyeliner dan maskara (tak perlu sangat maskara tapi gatal jugak nak beli)

Lip liner -
2 hingga 3 tahun

lipliner aku dapat percuma...malas nak pakai

Lip gloss -
1 setengah hingga 2 tahun

Lip balm -
1 hingga 2 tahun

Lipstik -
2 hingga 3 tahun (simpan tempat gelap..bukan simpan dalam laci kereta, hancuss macam aku punya!!!)

Cream blush & multiple stick -
1 hingga 1 tahun setengah...mesti tanya apa mekap ni kan??? ni jenis mekap lipstik dan pemerah pipi boleh pakai sekali arung..jimat!!)

chubby stick tu kena lempar dah..lipstick yang simpan dalam drawer keta pun dah mencair....lip liquid matte, lip & cheek cream blush, lip balm & lip gloss



Pewarna kuku - 
1 hingga 2 tahun (jauhkan dari cahaya terus)

selamatlah kamuuu tak kena lempar..jarang pakai pun

Micellar water - 
6 bulan

Cleanser -  
6 bulan hingga 1 tahun

Toner - 
6 bulan hingga 1 tahun

Pelembab - 
6 bulan hingga 1 tahun


semua akan dilempar, sekian.

Krim mata - 
6 bulan hingga 1 tahun

eye balm, cuticle oil (kena buang) & eye serum minyak jarak untuk panjangkan bulu mata

Berus dan span - 
3 hingga 6 bulan (rajin2lah cuci selalu) aku tak rajin...hahaha

Exfoliates - 
6 bulan hingga setahun



Kalau nampak simbol di atas pada barang mekap, itu maknanya lepas dibuka boleh guna hingga 6 bulan je.. (6 - angka) (M - month)


body mist kenalah pakai hari2 camni...

minyak almond..aku tak boleh hadap bau dia sekarang..elok pakai masa pregnant habis sebotol. beli lagi baru lepas pantang tak boleh bau dah....pening pulak!!! harga dia nangis!!!

nasibla ada barang mekap memang tak pakai lagi

Tips penting

barang kosmetik berunsur semulajadi akan lebih cepat rosak kerana tiada penggunaan bahan kimia untuk memanjangkan hayatnya.

tulis tarikh pada bekas barang mekap bila mula pakai supaya anda mudah nak buat keputusan bila nak buang atau gantikan dengan baru!

Pengalaman penulis

pada tahun 2012 aku pakai eye serum yang dah expired, sudahnya tumbuh bintil dalam kelopak mata. bintil dah leper tapi bila2 pegang kelopak mata masih boleh rasa sedikit bonjolan. doktor cakap ia akan muncul dan pergi.

bulan dec 2016 muka aku tumbuh jerawat2 kecil dan aku pelik sebab dah lama sangat tak tumbuh. rupanya geng2 pelembab muka dah expired masih pakai!

When You Need To Organize..

kalau rumah ada anak kecil memang boleh kemas sejam dua je.. kalau dah kemas sebelum tidur pun sekejap je..esok pagi dia keluarkan balik semua dari tempat simpanan.

tapi benda yang paling penting untuk diatur ialah barang2 di dapur. sebab memakainya lebih dari benda2 di tempat lain..dan satu perangai aku ialah alih2...lepas tu sental kalau rajin....bab sental ni memang pergelangan tangan pun rasa layu lepas tu.

pantri juga penting. memang suka guna Tupperware..tapi suka juga balang kaca. jadi selalu juga basuh jar2 kaca yang dah habis guna makanan didalamnya seperti jem, mayonis dan madu. lagi mudah nak tanggalkan label lagi bagus.

ada gak cari kat internet tengok mereka yang SUPER orgamizer...macam Kourtney Kardashian. tengok pantri dia dah macam dalam 7-11 pulak..tersusun rapi...aku pun teringin gak nak susun2 camtu..tapi aku ni jenis recycling banyak..jadi bekas2 jar aku tak sama saiz la...haha. OMG nak tengok kena bayar yuran tips2 dia!! nasib aku dah tengok Dailymail.

fine.....tu dah macam perlukan satu bilik untuk stok makanan sahaja! aku pun jenis suka beli barang2 pada harga murah masa sale la!! lepas tu simpanla...so kalau dah kehabisan takdelah nak terhegeh2 pergi cari kat kedai. ha ni lagi seorang yang tak terkenal sebagai selebriti kat dunia....tapi terkenal sebab menjadi orang yang paling teratur di US! Alejandra Costello.


dah ni je mampu buat masa ni...nak label tulah bercinta..

Wednesday, January 18, 2017

Followers Hilang Dari Web

Aku pun pelik..dah 2-3 hari tapi aku buat dek je. Sekali Suzie Jepun pun hilanh jugekkk..aku nak ke PC buat betulkan or cari apa masalah..


Ke mana kami hilangggggg..?

Soalan Tentang Anak

Entry ni mungkin secara tidak sengaja akan diambilkisah. Tapi ni kisah hal kita...

Beberapa tahun lepas maybe 10 tahun lepas aku ada ditanya soal anak oleh anak buah yang kecil.
"Umi, (rujuk pada mak dia)..mana anak cikneng? "
 "Tanyalah cikneng tu? "

CUT!

Masa tu aku masih bujang dan dikala semua pakcik dan makcik dia dah berkahwin dan beranak pinak, ada sepupu sepapat boleh ajak main, bila kat aku takde anak lak..haha..sentap tu ada sikitlah..ehhhh..

Kemudian arwah bapak pernah tanya kau nanti nak anak berapa? (Aku masa belajar tak boleh kawin ok..) soalan ni ditanya masa aku masih belajar la...jadi aku jawab 2..bapak aku terus marah..kau mana boleh tentukan berapa anak kau nak! ALLAH yanh tentukan! Ok ok. Aku dah takut sikit..jadi aku jawab 5 lah..pastu baru bapak aku macam ok sikit..gegegegege... (aku dengan bapak rapat sangat..so setiap kali aku teringat atau citer pasal bapak, memang air mata aku bergenang)..oh aku tak tahu kalau kakak2 aku ada yang rapat juga dengan bapak...cuma aku rasa aku lebihlahh sebab aku duduk mengekor bapak lamaaaaaa.... sebelum aku mula bekerja. End of story..😢😢😢

Jadi soalan sentap yang diterima dan cuba dijawab dengan baik..😇

Bila kau nak ada anak lagi? 

(Sebelum aku jawab..ada jugak jawapan penanya dah siapkan)
Beranak la lagi sorang sebelum umur 40.

Tahun ni umur aku 40. So takyah beranak dah? Sebab aku masih belum mengandung.

Bila Aqlan nak ada adik?

Kau tengok perangai Aqlan ni (manja dan mengekor aku sepanjang masa) kau rasa dia boleh terima ada adik?

Bila tengok Aqlan happy sangat2 masa jumpa sepupu sepapat dia aku rasa nak bagi adik kat Aqlan lagi 2 orang. Hahaha. Tapi kalau lagi 2 orang pun copy paste Aqlan, aku perlukan kesabaran tahap sahabat Nabi. Baru mudah aku masuk syurga sebab aku dapat didik anak2 dengan betul.

Aku adalah ibu yang garang. Selalu kena tegur dengan laki dan mak mertua sebab aku memang garang!!! Jadi setiap kali anak tu ditengking satu urat kat otak dia putus!

Mak aku pulak cakap, beranak anak laki putus 2 urat...beranak anak perempuan putus 1 urat.

Dan kalau aku nak beranak lagi aku kena persiapkan bukan setakat diri aku je, tapi Aqlan juga. Kalau dulu aku mengandungkan Aqlan aku hanya jaga diri sendiri..aku takdak anak untuk di handle kecuali kerja2 ofis dan rumah..laki aku sangat memahami. La ni aku kena pastikan Aqlan betul2 boleh jadi abang dulu...diapers pun masih pakai..kencing berak tak tahu cakap..dah terjadi baru cakap...laki aku kata jangan buang diapers dulu nanti dia buang najis merata, you jugak yang marah2. I got it!

Melahirkan lagi anak bukan diniatkan untuk Aqlan tu ada kawan....jangan..nanti single mingle pulak depa ni tak berkahwin..biar diniatkan boleh menyambung zuriat dan beramal soleh untuk kesenangan kita juga kat alam kubur kelak...

Apabila seorang manusia itu mati dia meninggalkan 3 perkara:


  1. Harta dunia
  2. Anak2
  3. Nama


Dan membawa 3 perkara:


  1. Amal  sedekah jariah
  2. Ilmu bermanfaat yang diamalkan oleh pewaris ilmu itu
  3. Amalan soleh anak2


Jadi memiliki anak ni bukanlah sesuatu yang hendak dibanggakan tapi kena pikul tanggungjawab yang berat..maka kat sini aku tarik nafas panjang2..tengok amalan sendiri dan kekuatan sendiri.

Allah berikan kita anak seorang atau lebih berdasarkan kemampuan kita. Cara bagaimana kita boleh handle mereka. Aku sendiri mengaku aku tak mampu nak jaga anak ramai2 walaupun aku berasal dari ahli keluarga yang ramai. Memang aku selalu wonder dan takjub tengok kakak2 dan abang2 aku jaga anak2 mereka. Anak buah aku pun anak diorang lagi ramai dari aku.

Maka soalan ni sudah terjawab jadi janganlah selalu tanya...sebab mak aku pun tak pernah tanya bila Aqlan nak ada adik..sekian.😅😅😅

Sila bagi caption sesuai

Tuesday, January 17, 2017

Soalan Tentang Suami Anda

Eh sibuk aku nak buat juga bila baca kat blog Moon..nanti korang buatlah dan bagi suami masing2 bagi jawapan. Betul ke korang kenal dia..muahahahaha..

Aku baru je 4 tahun kawin, tapi kenal dah nak 8 tahun. Jeng jeng jeng...laki ku ditemui dilaman yahoo messenger tahun 2006 sebenarnya tapi lepas tu lost contact bila aku pindah dari rumah kakak dah takde internet..sampailah aku langgan P1 baru aku serius berkawan..ahahaha boleh pulak gitu kisahnya..dan P1 pun dah takdak digantikan dengan webe..eh eh..

Dahnya copy dari blog Moon, siap2 je font ikut dia punya blog.

1. Dia duduk di depan tv, apa yang ditonton?

Dia tengok dokumentari. Itu paling utama. Berjam2 pun takpa.


2. Korang keluar makan, dia order makanan apa?

Koay teow kalau kedai yang ada jual la..tu makanan wajib order.


3. Makanan yang dia tak suka. 

makanan tak sedap takdak flavor. Jap..dia tak suka tapai pulut, pajeri nanas. Kalau kita makan dia buat leceh..

4. Korang keluar makan, dia order minuman apa?

teh o ais. All time favourite. Bukan tu kalau kedai ada air yang jenis2 camtu. Jangan cuba order teh o ais limau. Teh ialah teh...limau ialah limau. Air lain ialah tembikai laici.
 
5. Jenis muzik kegemaran.

yang groovy. La ni tak layan radio sangat..kalau dengar kat rumah siap menari2. Mostly english la..kalau lagu melayu dia suka Sheila Majid, Dewa.

6. Hobi atau dia suka mengumpul apa?


Fridge magnet dan gelas atau cawan kaca. Serius. Asal berkenan beli. 
 
7. Makanan yang dia sanggup makan hari2.

masakan i masaklah..haha.. suka sangat dia makan sampai pesan jangan masak sedap2 sangat nanti i makan banyak dan gemok. Eh. Dia suka kari..omg...

9. Jenis pakaian yang dia takkan pakai.

macam takdak..semua dia suka pakai tapi memilih dari jenis kain dan cara dipotong.

10. Pasukan bola kegemaran?

Tak suka bola walaupun masa mak dia ngandungkan dia dulu kalau boleh hari2 nak pergi tengok bola. Itu cerita benar mak mertua ya.

12. Sukan kegemaran?

racing car. Tapi sendiri suka berenang.
 
13. Kamu nak buat kek harijadi untuk dia, kek apa yang kamu akan buat?
 
kek lobak atau kek buah.
14. Apa yang dia buat sepanjang hari?

Selalunya dia nak tidur je. Penat kerja.  Tapi kalau tak tidur dia layan movie terbaru kat hp dia je.


Dia juga suka pergi beli groceries. Dia akan lalu semua lorong. Dia enjoy sangat kalau pergi Tesco lepas jam 11 malam. Aku pun tak sanggup ok..ni gambar masa pergi pasar borong..

Monday, January 16, 2017

Awak....Saya Nak Pergi Langkawi...

Tadi dah tengok kat booking.com untuk cari bilik tidur. Bila share2 dengan Zcat dia terus pi booking sebab hari ni murah...kat pantai Cenang..kami pergi bukan waktu cuti sekolah...jadi harga tidur satu malam kurang RM100..nak tidur 4 malam.

Lepas tu cari kereta sewa...pun dah jumpa tapi belum finalize sebab Zcat suka nak compare dengan yang lain2 owner kereta sewa...so siapa yang pernah sewa kereta kat Langkawi mai la habaq mai citaaaaa...4 hari nak sewa. Hari ke 5 dah balik...

Pasal itinerary tak risau sangat.. tapi kena cek kot ada tempat baru..sebab last kami p tahun 2008 kot..tak pernah ceghita kat blog pun naaa...phew lama sudah.. dah nak 10 tahun tu..

Okay Zcat tak pernah p Langkawi. Sian dia...takat touchdown mana aci kira kan..ahaks..okaylah dengan izin Allah kami berdoa dapat pergi balik dengan selamat.


Letih Lesu

Setelah 3 minggu berjalan memang penatlah...kain basuh rajin je..nak lipat tunggu jadi gunung atas sofa.

Nak pergi park pun tak daya..tapi mata tetap tak boleh tengok dapur berkerak jadi sempat gak sental dengam Cif.

Now nak cuci blinds kat tingkap dapur tu macam bercinta juga. Juga bercinta nak cabut rumput kat laman sekangkang zirafah tu. Semalam hujan lebat gamaknya jadi tanah lembut. Syok sikit kalau cabut rumput.


Semalam adik ipar belanja makan aiskrim softsrv. Nutty choc. Semalam kan panas sangat..