Ahad, 10 Julai 2011

Pot Luck Di No 6

aku dan kawan2 dah beberapa hari merancang pertemuan geng2 kali ni. aku dengan berbesar hati mengesyorkan pot luck di rumah aku. since Ann & Mimy dah blanja kitorang makan2..aku nak belanja kat kedai malas, memandangkan kami kalau dah jumpa borak sampai orang tutup kedai. selalu je kena hambat balik. air minum bergelas2 dan makan berpinggan2 pun masih mata nak buka, mulut nak pot-pet. 

disebabkan aku perasan yang sambal ikan bilis aku sedap (beberapa kali aku masak bawak ke ofis kasi kengkawan rasa) jadi aku nak masak bagi diorang rasa pulak... maka aku masak juga nasi lemak guna beras taj mahal dan rebus telor grade A. sebab apa aku bagitau ni sebab rahsia masakan jadi sedap kepada orang yang tak pandai masak macam aku, bila guna bahan2 berkualiti ni, confirm masakan sedap. ngeeeee..ikan bilis juga  perlu beli yang kualiti. aku beli yang RM38 sekilogram. tapi aku beli 300gram je. serba sedikit je...janji masak..semua habis dibedal. itu tujuan aku.

preparation nak masak ni leceh takdela mana. tapi masa kupas bawang merah warna ungu jugakla jejari aku...kata nak banyak2 sebab nak manis2 bawang gitu..hehe..

tetamu pertama yang sampai ialah megat. buka je pintu, ha sebesar2 bekas dibawanya bubur kacang hijau buatan mak Mimy. kemudian masa tu aku baru nak masak sambal..pandai2la laki bini ni cari air nak minum...kekekek aku bukan host rumah yang menyediakan semua benda...aku suka kawan2 aku buka2 fridge aku cari air, makan kerepek sendiri2...kekekekek..

lepas tu reen & family sampai. terkejut gak ada jeff & adam sekali. pheww..mesti meriah rumah aku...kemudian zcat sampai..lama kami tunggu ann dan faizal sampai bawak ayam goreng berempah.

ha kau siap semua bantal togel keluar...sambil2 tengok TV, main internet. habis Mimy dah ajar Adam guna internet...

ya makan2 telah bermula

faizal & megat kalau jumpa ada je boraknya..usik-mengusik

reen & husband Jeff

nampak jari zcat pegang telor tak? hahaha


tah hape best semua tengok TV

sambal ikan bilisku yang menjadi kesukaan kengkawan...heheheh



hadoi...kitorang makan memang tak henti2...kejap2 berenti pastu sambung makanan lain pulak..selamat ternak lemak.

6 ulasan:

  1. seronok :) oppss nape takde muke zcat san ni... :)

    BalasPadam
  2. Azura Mendezz; thanks babe!

    ratusiput; malam tu dia jadi lelaki pemalu... hehehe.. takdela..saje je dengki tanak letak muka dia...kekekekek

    BalasPadam
  3. malam tu jugak laki aku tido aje pembawakan budak tul

    BalasPadam
  4. aku lambat sebab laki balik keja lambat...kena tunggu dia berendam bagai

    BalasPadam
  5. kuikuikui...klaka baca caption gambo yg last tuh....ahahahah

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.