Selasa, 19 Julai 2011

Sentap Dengan Salesmen

bukannya aku yang didatangi oleh salesmen, kawasan rumah cina, salesmen pun tak berani datang..hahahaha..

ini kisah ahad lepas. jam 2 petang gitu abang aku sms cakap mak nak guna RM3700.00 wah banyak ni. aku pun terus call mak. nak tahu apa kepentingan sangat2 ni...

mak cakap mak nak bayar penapis air yang baru. woowowoowo..rasanya tahun lepas baru mak tukar dah kena RM2,000+++...eh eh aku tanya lagi. sekali mak cakap ada orang datang pasang air mineral kat dapur mak. eh pakai pasang je? mak kata orang tu minta RM200 sebagai deposit, sebab esoknya nak datang lagi bawa penapis tu..yang besar macam tong gas kat hotel2...(kelassss contoh nak kat hotel kannn) sebenarnya mak aku cakap 2 penapis, 1 kat paip dapur, 1 kat luar macam kat rumah kak cupa. eh setahu aku guna penapis tu sebab tekanan air rendah kat rumah kakak aku tu. sg koyan tu takyahla sebab air memang kadang2 takde..lagi mak bukan duduk situ. selalu je melepak2 rumah adik beradik aku yang bersepah2 kat satu Malaysia.

kemudian mak cakap orang tu mintak RM50 pulak sebab mak takde RM200.. ehe eh dah lain macam boleh tawar menawar pulak,...ok aku terus naik hantu....aku cakap dengan mak, call orang tu balik suruh dia cabut semua....kata tak mahu beli lagipun memandai je dia pasang..hey geramnya aku. aku suruh mak call abg sulung aku sebab dia pandai cakap. adik aku pun aku sms, suruh call mak pujuk mak tu batalkan pembelian. aku ni dah kalau marah cakap memang high tone. lupalah tengah cakap dengan mak ni...

aku tak keruan sepanjang petang. nak balik kg tak berbaloi la pulak kan..lagi kereta takde..

jam 4 lebih gitu abang aku sms kata semua dah settle. ok aku lega.

the next day, aku call mak tanya cerita sepenuhnya.

mak cakap masa panggil orang tu balik, abang aku belum tiba pun. jadi mak aku tiba2 jadi wanita gagah suruh diorang cabut semua dan cakap anak aku tak bagi beli...haha pandai kan mak..lagi mak tunduk tak pandang muka diorang langsung..sebab yang datang mencabutnya sampai 5 orang. ada je seorang abang yang teman, tapi dia bisu. tak bolehla lawan cakap balik.

salesmen dan salesgirl beriala cakap yang kawan mak aku kat koyan 3 pun dah beli...elelelele taktikla kan nak pujuk. saja nak pow duit mak aku ni..mentang2la minggu depan gaji....sajala kan..lagi2 pulak katanya orang felda nak dapat bonus bagai. taktik memang keji kan..geramnya aku..tapi mak aku berkeras. mak aku cakap dia tak pegang duit. semua duit anak2 pegang. mak cuma ada duit buat makan2 je...(sedey je bunyi...padahal mak aku simpan duit kat bank..)

akhirnya mereka pulang dengan muka masam.

pesanan kat mak aku, lain kali jangan bagi siapa2 pun masuk rumah walau nak mintak air secawan. sebab ada je kawan2 dia kena pukau habis barang kemas duit kena kebas tak sedar..

Ya Allah, alhamdulillah selamat mak dan abang aku tu..

kepada orang yang cari "rezeki" dengan cara memaksa macam ni, aku rasa korang ni tak kemana..kalau hidup dah menipu je kerjanya..apalah main paksa2..hak kitalah nak beli ke tanak..mujurnya hal itu cepat settle.

11 ulasan:

  1. wujud lagi rupanya salesman datang rumah nih. macam dah lama tak datang menjengah.
    seb baik sempat tarik balik kan. kalau tak lesap duit

    BalasPadam
  2. Melampau betul diaorang tu, kan? Sesuka hati je nak pasang!

    BalasPadam
  3. Bila mak ko ckp ada duit mkn jek..
    mmg sedey la dgr..ekekekek!! =P

    BalasPadam
  4. yela maybe sbb dia tgk org tua je kan...ble paw bebila masa.dia tak tau anak2 sme gagah perkasa.ehehe...

    BalasPadam
  5. diORAng ramaikan... tu yang hampeh. bila dah ramai, memang berani giler. macam diorang pulak tuan rumah.

    BalasPadam
  6. ah ye hari ni ada je kenalan citer parents dia baru kena tengahari tadi kat segamat. ha taktik sama jugak. yg pasti parents dia kalah cakap...dah kena pow laa.....

    BalasPadam
  7. hm... ekonomi negara kian merosot... org terdesak nak mnggunakan duit.


    jadi, dgn cara itu je la mereka nak hidup. mungkin mereka igt itu cara halal. padahal dalam islam, tiada paksaan dalam urusan jual beli....

    BalasPadam
  8. ush... tolong la.. benci tau dengan org yang menggunakan warga2 mas ni... ambik kesempatan...

    BalasPadam
  9. ini la nasib mak mak kat kg...senang nak diperdaya...salesman pun satu amik kesempatan kat org tua...hampeh

    BalasPadam
  10. kelas kan nak bertong-tong gas penapis air mineral..rumah dik non air perigi jah....

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.