permohonan aku untuk menukar interest dari 3% ke 1 % diluluskan.
namun, syarat2nya menyebabkan aku bengang..
ini aku copy paste dari adobe surat tawaran ni....
(v) JUMLAH PEMBIAYAAN RM 17,529.12 BERASASKAN BAKI PADA 01/06/2008
(vi) TEMPOH BAYARAN BALIK 120 BULAN MULAI 01/06/2008
(vii) UPAH PENGURUSAN PEMBIAYAAN RM 1,752.91 (PEMBIAYAAN YANG DILULUSKAN X 1% SETAHUN X TEMPOH BAYARAN BALIK)
(viii) ANSURAN BULANAN RM 160.68 SELAMA 120 BULAN MULAI 01/06/2008
(ix) CARA BAYARAN BALIK PENERIMA BIAYA YANG BEKERJA HENDAKLAH MEMBAYAR ANSURAN BULANAN MELALUI LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI
ni pulak aku copy dari baki yang tertera dari akaun ptptn aku...pada Jun 2008..dia memang collect faedah tiap2 17hb. kalau ko terlepas bayar, habis dikira faedah berdasarkan hari tu..
17/05/2008
|
1130
KOS PENTADBIRAN
|
40.53
|
16,254.49 | ||
17/06/2008
|
1130
KOS PENTADBIRAN
|
40.64
|
16,295.13 |
ko tak rasa menyampah cara diorang kira? manakah datang lagi RM1233.99 dari baki yang sepatutnya cuma RM16,295.13? tiba2 dah jadi RM17,529.12.. aiyyy banyak nye ko amik interest ye..
aku mula2 sign memang kena faedah 4%. kemudian turun 3%. masa aku sign tu aku kena bayar RM197.43 sebulan selama 120 bulan (10 tahun)...itu belum masuk faedah berdasarkan baki berkurangan tiap2 bulan...
aku amik loan RM19,500.00 ye aku dah lupa jadual anuiti. tapi aku rasa semakin banyak pulak yang dituntut. sebab balance hutang aku sekarang RM9,681.91.
kalau aku bayar ikut cara aku RM200 sebulan, masih dengan 3% faedah, aku akan habis,...katakan 10k la sebab masuk faedah2 busuk tu ikut baki berkurangan kan...maka aku akan habis bayar dalam tempoh 4 tahun 6 bulan..contoh ye.... eh marah tak kalau ikut style diorang ni 2008 start kata bayar tambah 10 tahun 2018 baru habis...wah..wah....elok2 aku habis 2015, tambah pulak lagi 3 tahun...
bertambah geram aku diminta untuk setuju;
KEBENARAN/KEIZINAN MENGHUBUNGI LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI/KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA/PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL/BANK/MANA-MANA AGENSI LAIN UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT BERKAITAN PENERIMA BIAYA
Saya seperti nama di atas, membenarkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk menghubungi agensi-agensi yang tersebut di atas bagi tujuan mendapatkan maklumat berkaitan saya pada bila-bila masa diperlukan.
2. Surat kebenaran ini adalah sebagai memenuhi sebahagian syarat-syarat Pembiayaan Pendidikan...bla..bla...bla...
aku diminta bagi balik jawapan dalam tempoh 90 hari..itu belum lagi aku diminta dapatkan pengesahan pegawai kerajaan bagai.....
aku ni bukannya tak bayar ok.....tapi bila dibuat macam ni....aku rasa malas nak setuju dengan sistem ujrah ni....
aku berharap ptptn ni sila tunjuk cara sebenar korang kira faedah2 ni.. dahla riba...janganlah mengelirukan peminjam, menambah dosa.
benda2 camni dorang luluskan tapi pasti ada 'catch'nya kat dorang....
BalasPadammengertilah kau kini mengapa aku masih berhutang dgn ptptn..
BalasPadambulan2 interest pon dh RM30++..
so kalo bayo RM50 sbln bape jek ko bayo??
Bila nk abes camtu??
Ini la AhLong halal student..
malas nak layan!
masa pinjam tak fikir riba pulak.
BalasPadamhuhu
Pusing ikut mana pun, yang 'terkena' peminjamlah juga! :(
BalasPadamalahai... kita pinjam lagi le banyak... pinjaman adalah RM 40k... bayo RM 60k...yer sila tahu... and tell you aku tak kose nak bayar RM 300/400 sebulan. I pay RM 50 jerk... nak ambik,ambik tak nak sudah. Sbb apa? sbb kita dah kira semua ni. Yang geram kos pentakbiran setiap bulan RM 120 add dengan installment bayaran... bila tahun nak habis???kalau kau dok tambah kos pentakbiran je? Mmg PTPTN isap darah org...
BalasPadamAduhai takutnyaaa... Anak saya amik PTPTN niii..
BalasPadamJenoh lah depa tak menyimpan kalu asyik nak bayar bunga jer!
Pilihan 2: Memendekkan cerita...
delarocha; bukan tak fikir, takde alternatif dah. saya bukan dapat biasiswa.
BalasPadamkalau pinjam dgn bank laaaagi teruk.
inilah akhir zaman; riba seperti buih2 di lautan. semua orang pasti akan terkena sipi2nya...
kesian peminjam PTPTN ni...ada je interest kena...ko lama dh byr kan nis...dr stagno lg potong gaji tak miss...klu interest je memanjang bila nak habis ...giler la
BalasPadamiskh..sian pula kat anak sedara acu yg amik pinjaman ptptn nie...
BalasPadamteruk je nak kena bayar nye tu..
Alhamdulillah acu dulu pinjaman MARA
Faizal pun tengah hanggit dengan PTPTN ni, jumlah yang di pinjam tak sama dengan jumlah bayaran balik. melampaulah...dahlah tak boleh keluar negara kalau sangkut bayar
BalasPadamsebab tu kena bayar lebih sikit untuk cover riba tiap2 bulan tu. sebab tu aku byr RM200. kalau RM50 tahun brp pulak nak abis....
BalasPadamaku pun baru tukar ujrah.
BalasPadamtiap2 bulan dia cas kos pentadbiran
rm38.. so tahun depan aku igt nk kwluar kwsp + langsai semua.. mamposla tiap2 bulan kene xtra rm30+ ..
sape mak bapak yg baca ni, harap hadam awal2 kalo ada anak nk belajar kt IPT.. kalo boleh jgn la pinjam ptptn ni. kesian anak korang nnti ..