Aku & Zcat ke The Strand untuk melihat sambutan tahun baru. parking senang dan tak crowd sangat macam acara di SOHO tahun 2011.
sampai-sampai je nak makan dulu. lapar. puas juga berjalan kaki cari kedai makan yang masih dibuka.
sempat tengok persembahan Pop Shuvit menyanyikan lagu popular mereka "MARABAHAYA". dan nampak kelibat penyanyinya selepas dia habis show.
persembahan 3D yang ditayangkan sangat awesome. deejay memainkan muzik selama berjam-jam. sistem bunyi juga sangat awesome. tak bingit. stereo dipasang keliling kawasan pengunjung.
selepas countdown beramai-ramai, aku dan zcat buat ucapan happy new year sesama sendiri. kemudian dia melamar aku.
kalau sudi katakan sudi, tidak saya ternanti-nanti.
takdela dia nak berpantun bagai. aku je yang saja nak berpantun..hehe.
sudi tak u nak kawin dengan i?
agak terkejut dengan soalan itu, tapi aku hanya menjawab sudi. takdela cincin seperti Blair (Gossip Girls) dapat ketika menerima lamaran dari prince charming dia. kalau dapat cincin kira kami dah engaged style orang Barat. haha. senang je kan.
kemudian sambung layan berbagai rentak muzik pilihan deejay. put your hands up!
kami beredar dari The Strand, Kota Damansara jam 12:45 pagi. kemudian menuju ke Pelita Hartamas untuk minum pagi dengan Senah & Hisham. tahun baru kali ni kami tak sambut bersama. dia dan husband sambut di Pavilion.
pewittt..hepi for u...permulaam 2012 yang baik bebeh...amin
BalasPadam