Kita biasanya mendapat
jemputan kahwin melalui kad. Kini jarang2 kita mendapat jemputan dari
rumah ke rumah seperti orang2 tua kita dahulu lakukan bila anak mereka hendak
berkahwin. Bila kad2 mula diedarkan ke
peti pos termasuk kepunyaan rumah kami, jika tiada jemputan mulut dari keluarga
pengantin, mak aku akan berasa kecil hati. Mak akan cakap “dia tak datang rumah
jemput aku pun”.
Tapi kemudian lama2 mak dah terbiasa dengan pemberian kad
tanpa jemputan. Walaupun begitu, mak masih mengharap ahli keluarga itu
menelefon mak menjemput mak atau jika terjumpa di mana2, di pasar atau di kedai
atau di tepi2 jalan dan mereka menjemput mak seperti “datanglah rumah ye Midah
bila anak aku kawin nanti”.
Maka mak aku akan pergi..dan menyuruh kami adik-beradik
pergi. Siap paksa2 lagi. Walaupun dalam kad itu dinyatakan jemputan kahwin
kepada” Haji Dolah & Midah”. Memang menjadi kebiasaan walaupun hanya
dinyatakan nama pasangan tapi nanti semua ahli keluarga datang sekali. Maka
kenduri kendara menjadi sangatla meriah. Kami biasa juga menerima jemputan
“Haji Dolah & Keluarga”. Maka kami rasa kami layak dan wajib menghadirinya.
Masa kecil memang suka pergi dengan kawan sedarjah. Seronok
sangat. Bila dah besar2 ni tiada kawan hanya membontoti mak je..lama2 aku jadi malas.
Dan akhirnya aku tak mahu ikut. Mak pulak selalu bawa balik makanan kenduri.
Jadi aku diam je dekat rumah sebab nanti aku tetap dapat makan lauk kenduri.
Bila dah mula bekerja dan kawan2 seangkatan usia kahwin, aku
akan mendapat kad jemputan kahwin melalui tangan dan pos. Dinyatakan hanya nama
aku. Dan kalau mereka tahu aku tengah berpacaran dengan seseorang, mereka akan
tulis “Anis & Teman”. Kalau tidak “Anis” je. Kalau ada kawan2 lain aku suka
ikut pergi secara berjemaah. Makan seorang diri di kenduri kawin tak seronok.
Nampak forever alone. Sedih je. Nak menyuap pun cepat2..kemudian cepat2 nak
balik.
Keadaan menjadi awkward bila aku ikut kenduri rumah kawan
kakak. Aku tak kenal siapa2 pun. Langsung aku diam membisu. Lepas tu aku
langsung tak mahu ikut dia dah. Lagi forever alone aku kat situ.
Bila aku berkenalan dengan zcat, aku sentiasa ajak dia ikut
aku pergi kenduri kawan2 aku. Dia akan bertanya berkali2 sekiranya dia
dijemput. Aku agak musykil. Dah kenduri jom jelah pergi. Kalau hanya nama aku je
dinyatakan, dia tak akan ikut. Katanya tak dijemput jangan pergi. Pentingnya
“halal” itu bagi dia.
Bila aku fikir2 balik betul juga. Tuan rumah dah sediakan
bajet untuk beberapa orang makan. Kemungkinan makanan tak cukup sebab terlebih
jemputan tak diundang. Memang bila kita bersalam dengan tuan rumah mereka pasti
senyum, tak dapat hadiah dapat angpow kan.
Tapi pernah tak kita fikir tuan rumah pening kepala tiba2 bila diberitahu
makanan dah habis sebelum waktunya. Memanglah tidak membazir. Tapi kesian juga
dia kena fikir cara nak masak makanan tambahan dalam kadar yang segera.
Bagaimanapun masyarakat Melayu yang penuh adab tidak akan
berkira. Mereka tetap menyambut mesra kita walaupun kita masing2 tidak
mengenali satu sama lain. Cuma kini bila acara diadakan di hotel2 atau restoran2,
jemputan menjadi terhad. Kad undangan yang dihantar juga minta dibalas sama ada
mahu datang atau tidak. Kerana harga yang dibayar kepada perkhidmatan catering
mengikut kepala. Bila mana jemputan yang patut datang tidak jadi datang,
makanan membazir, tuan rumah tidak gembira. Harga yang mesti dibayar untuk
makanan yang akan dibuang? Aku tidak tahu pula sekiranya tuan rumah boleh
membawa balik makanan lebihan.
Ini hanya pendapat aku. Dan berdasarkan pengalaman yang aku
tempuhi sendiri.
biasa boleh bawak balik tapi termakan ke kalau dah banyak sangat, tu yang kadang2 kita perlu membalas RSVP tu supaya senang tuan rumah nak buat perkiraan...kalau kenduri di rumah, akan cuba datang sebaik mungkin tak kiralah jauh atau dekatnya. andai kata memang tak dapat datang jugak, cukuplah sekadar kiriman supaya tak kecik hati tuan rumah.
BalasPadamaku kad jemputan mmg tulis nama orang di jemput beserta pasangan, keluarga...dah siap garis...senang sebab tau majlis kawen tak kan la pegi sorang kan...majlis kan untuk dirai so datang la bersama keluarga takde masalah sebab buat pun kat rumah je..bukan la hotel
BalasPadamItulah beza budaya buat kenduri di kampung dan dibandar, yg guna dewan atau hotel atau di rumah sendiri.
BalasPadamMasing-masing ada alasan sendiri dan kesukaan mengikut bajet.
Sebenarnya buat kat rumah lagi best dan selesa kerana boleh duduk lama-lama untuk borak dgn kengkawan atau sanak sedara yang jarang dan lama tak jumpa.
Kadang2 majlis kahwin kengkawan jadi port reunion plak, kan?
betul skrg jaranglah buat jmputan dr rumah ke rumah...
BalasPadamkat tmpat sy skrg, main letak je kad kat letter box tu...sy nk pergi pun mcm takut sbb masing2 xkenal antara satu sama lain
yang paling best pergi kenduri kat kampung zaman budak2 je.. skarang ni feel kenduri macam tu susah dah nak dapat, kena pulak semua dah pakai katering
BalasPadam