Ahad, 29 Januari 2012

Waktu Diharamkan Solat

aku copy paste dari email yang aku dapat kat bawah ni.

Waktu diharamkan sembahyang ialah :


1. Waktu syuruk iaitu 28mins selepas subuh ketika matahari baru naik ke langit. ie subuh from 5.35am to 7.05am. 7.05am + 28mins = 7.33am. Therefore from 7.05am to 7.33am ialah waktu syuruk. Waktu ini adalah haram utk melakukan sebarang solat kerana tanduk syaitan berada di antara matahari.


Rasulullah mengharamkan solat waktu ini juga kerana ia menyamai orang yang menyembah matahari. Jika kita terbangun dari tidur pada pukul 7am dan ingin mengqadakan sembahyang subuh, kita harus melepasi waktu syuruk itu.


2. Waktu zawal/Istiwa/rembah iaitu matahari berada tegak diatas kepala iaitu apabila kita berdiri tidak kelihatan bayangan kecuali dibawah kaki kita. Waktu inilah api neraka sedang bergeledak dan syaitan berkeliaran. Waktu ini panjangnya dalam 5-10mins sebelum waktu zohor.


Waktu fadilat/afdal untuk solat ialah sepertiga waktu selepas azan ie 20 mins selepas azan. Pahala yang besar diberikan pada orang-orang yang menghormati dan tidak melengahkan waktu solat. Kecuali Isyak, afdalnya ialah sepertiga malam ie sesudah azan hingga 10.30mlm.


Wallahualam. Sudahkah anda menunaikan SOLAT? Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
Wallahu Alam....

kalau rujuk pada e-solat, aku mengira antara subuh ke waktu syuruk ialah selama 1 jam 20 minit. apa pun yang terbaik ialah awalkan waktu solat. kalau dah tidur tu memang sedap je nak tarik selimut walaupun bunyi alarm tu dah macam nak pecah rumah dengarnya. boleh bangun kasi mati alarm dan sambung tidur balik.

Ya Allah, janganla Engkau lalaikan aku dengan dunia ini.

6 ulasan:

  1. thanks for the info babe, diakui aku selalu melambatkan waktu solat...sehingga sampai waktu2 terakhir.

    BalasPadam
  2. Salam,
    Bagus perkongsian ini. Teruskan walaupun sepotong ayat

    BalasPadam
  3. Salam..
    tq so much..ilmu yg sgt bermanfaat..=)

    BalasPadam
  4. good info..tang subuh la selalu lewat terlewar...risau lak aku baca..pasni kena bangun awal lagi dan lagi..mampu ke tak

    BalasPadam
  5. beb, tak pernah dengar plak yg afdal lewatkan isya' hingga sepertiga malam. yg aku tahu, setiap waktu solat, mesti solat segera. takper2, aku try dapatkan info dari yg arif.
    nway, thanks sebab mengingatkan...

    BalasPadam
  6. ina, aku pernah dengar dulu2 ada org cakap pada aku tang solat isyak tu, tapi aku tetapla menganggap solat di awal waktu lebih afdhal.

    solat ini, jika wudhuk ambil sebelum azan, di akhirat mukanya bersinar seperti matahari, jika lepas azan, bersinar seperti bulan. wallahu a'lam. aku tahu masa zaman sekolah pondok.

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.