Isnin, 2 Januari 2012

Dusun

balik ke rumah mak di Pahang hasrat dihati nak makan buah-buahan. hampir 3 jam baru nak sampai. aku pun bawa slow and steady je kali ni. selalu niat dihati nak merempit bila masuk ladang kelapa sawit. 

tak termakan

yang ini kulitnya tebal isinya manis

yang ini kulit nipis

yang ini pokok kacuk ke? buahnya lain2..
haha..dahan buah rambutan tumpang kat pokok buah pulasan
pulasan. ada sebiji je masak. aku la yang bedal. terus petik dari pokok
rambutan kuning. sangat sedap. i like!
pokok manggis ni masa kecik2 dulu selamba je aku panjat petik buah makan dari atas pokok. sekarang aku tengok ajelah
ha petikla terus..dan makan..

cuba cari buah manggis. tapi tinggi sangat. kan best kalau badan ringan. harus ku panjat. lalalala 
kesimpulan aku dapat makan rambutan, pulasan, manggis & durian. dokong je aku tak sempat makan. dah kenyang.

masa arwah bapak aku hidup, dialah yang tanam pokok2 ni. sebenarnya banyak pokok2 buah-buahan dia tanam, tapi banyak yang dah ditebang dek kena makan dengan anai2.

rumah kami ada;

rambutan
pulasan
manggis
durian
dokong
pisang
kelapa
nangka
durian belanda
ciku
mangga
betik
ceri
nona

tapi sekarang, dari nangka ke bawah dah tak ada. masa kecik2 memang puas makan buah-buahan dari rumah sendiri. pelik rasanya bila tengok orang jual buah-buahan ni. pelik lagi tengok si pembeli. sedangkan kami adik-beradik makan tanpa had, tanpa bayaran sesen pun.

2 ulasan:

  1. seronoknya aku tengok hasil buah ni ...geramm teringat kg aku...tp atok dh takde mcm suram

    BalasPadam
  2. wah bestnye byk buah ade...mmg berbaloi n puas hati la kalau makan...

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.