Ayat paling tak sanggup nak dengar dari seorang kenalan
baik. Lebih2 lagi yang mahu dipinjamnnya ialah duit. Keadaan menjadi tertekan
bila si kenalan itu mendesak. “tolonglah…tolonglah aku..nanti aku bayar balik…”
Yang menjadi trauma kepada aku ialah bagi pinjam, kemudian
tak dipulangkan balik. Langsung. Seolah2 tiada berhutang. Seolah2 drama minta
pinjam duit dan buat2 muka kesian tak pernah ada antara aku dan si peminjam.
Geramnya bila tengok dan bila ingat bertambah geram. Kemudian lost contact.
Langsung aku rugi. Selepas kejadian itu aku menjadi seorang yang sangat
berhati2. Walaupun dia pinjam hanyalah RM10. Sebab ketika itu aku masih di
sekolah, RM10 sangat besar pada zaman aku belajar di sekolah menengah. Kadang
aku tak faham dengan muka tak malu insan2 seperti ini.
Aku menjadi lebih berhati2 sekarang. Aku akan pastikan orang
yang nak pinjam wang aku memang aku kenal rapat dan aku tahu kemampuan dia
untuk membayar balik.
Tentang pembayaran balik, kadang aku jadi geram sebab
pinjam lump sum, bayar beransur2. Aku bukan bank okay. Aku bukannya kenakan
faedah. Tapi bila orang dah meminjam beribu2 kemudian bayar sikit2, aku yang
pening kepala. Sebab selalunya aku terpaksa keluarkan simpanan aku untuk diberi
pinjam. Maka aku kehilangan faedah bank. eh faedah ASW2020. Hahahaha. Dekat
bank itu ajelah aku selalu simpan duit…kalau ada duit lebih. Jarangla aku
mempunyai wang simpanan yang tinggi. Bila dah keluarkan kasi pinjam selalu yang
tinggal ratusan aje. Dan tentulah nak dapat dividen tu berapa puluh RM aje. Kan kesian kat aku.
Kadang aku tak faham yang selalu meminjam wang. Yang setahun
sekali pinjam mungkin benar2 terdesak sebab ada kejadian tak diingini berlaku
dan perlukan tunai dengan kadar segera. Aku pun dah berapa kali alami keadaan
itu. Terutamanya kereta. Aku simpan wang untuk insurans & road tax kereta
untuk tahun depan, tiba2 tahun ni bateri kereta tak sampai setahun dan mati…tiba2
cermin kereta aku retak seribu, tiba2 aku kena langgar lari. Kadang2 aku fed
up.
Kini aku dah tak bagi orang pinjam duit lagi. Aku dah malas
nak chase orang minta duit aku balik. Dia yang pinjam, aku yang kena hari2 call
minta duit. Macam aku pula pengemis kat duit aku sendiri. Benci betul perasaan
itu. Padahal masa aku minta itu pun aku tengah terdesak. Kenapalah mereka buat2
tak faham dan buat2 lupa muka mereka yang pandai buat kesian. Eish…
Bab pinjam barang pun satu. Ada yang pinjam, bagitahu. Ada yang dah pakai baru bagitahu. Bagi aku
mereka ni tak bersifat respect pada tuan empunya barang. Nasibla aku kena juga
masa tinggal dibilik sewa. Letak kasut luar bilik, 2 kasut hilang. Dipulangkan
1 aje. Yang ambil tak tahu siapa. Kalau nak beritahulah. Apa masalah entah.
Bila dah macam2 berlaku pada aku, kini aku kena buat list
nama orang yang pinjam barang aku dan apa barang yang dipinjam. Dah macam
perpustakaan pula rasanya. Sebab aku pernah kehilangan buku2 semasa aku beri
pinjam buku2 teks kepada kawan2 yang hendak ambil kuliah berlainan semester.
Sudahnya aku sedih. Sebab buku2 itu original, mahal. Dan aku miskin semasa
zaman belajar. Itu pun nak ambil buat harta. Dah takde kenangan aku belajar
audit dan agama di UKM. Eish.
Kalau aku pula yang meminjam barang orang, aku akan sedaya
upaya segera memulangkan setelah habis tempoh penggunaan. Aku pastikan barang
itu tidak rosak bila hendak dipulangkan. Sekiranya rosak, patut diberitahu.
aku
dulu pernah pinjam setokin kawan, kemudian bila aku basuh dan jemur di ampaian,
ada juga yang mencurinya, sudahnya aku malu nak jumpa kawan aku. Sebab setokin
itu tak dipulangkan angkara dicuri orang. Bila dah dewasa, ada wang sendiri,
aku titipkan setokin baru kepada dia melalui orang tengah, sebab aku masih
malu. Entah setokin baru sampai atau tidak kepada dia.
Apa yang dipinjam wajib dipulangkan. Mungkin jika tak
dipulangkan, ada pula harta kita nanti hilang dipinjam orang.
duit adalah berhantu..sebab duit boleh hilang kawan...aku dah seik..lebih kurang ar jd penjamin beribu...aku jugak kena setel nk tutup nama ...mmg la org itu bayar monthly..tp tak memadai duit yang dah bayarkan dulu...serikkkk
BalasPadamsy pun takut kalu org nk pinjam duit..kalu xbg pinjam dia kata kita xnk tlg...
BalasPadamsbb sy pun dah terkena smpai skrg xpulangkan...lepas tu sy kuatkan hati xnk bg org pinjam dah..
betul.aku pun skang dah jd org yg pentingkan diri dlm bab2 ni.biolah org nak kate pun jnji aku tak susah kmdn kerana org lain.mmg diri sndiri pnh ada dlm situasi camni tp aku disiplin tak pernah salah gunakan kepercayaan org lain terutama yg rapat..
BalasPadamaku ada pinjam buku ko, tapi still ada baik dekat aku lagi, ada jugak satu bekas makanan yang hak sambal ikan bilis tu...aku tak lupa wak, nanti jumpa aku bagi ek.
BalasPadam