Ahad, 22 Januari 2012

Childhood Friend

hari ni hari pernikahan kawan lama aku Ija. aku sebenarnya langsung tak tahu hinggalah semalam. aku ingat nak balik kampung rilek2, tidur..jogging2 keliling kampung, tiba2 mak aku cakap semalam-bila aku sampai setelah 4 jam lebih memandu (jammed macam...........................), Ija kawin esok.. jom pergi. erk

jadi aku pun dah termenung sejenak.

aku termenung bukan sebab Ija yang sebaya dengan aku kawin dulu dari aku. kami masa kecil, sama2 main kawin2, main nyorok2, main kejar2...main macam2 la.. selalu je aku lunch dekat rumah dia meskipun jarak rumah dia dengan rumah aku cuma selang satu rumah. punyalah nak jimat masa bermain. kalau balik nanti nak keluar balik susah..baik main sampai petang. ko jangan cakapla..aku memang selalu tak solat zuhur asar ni. aku selalu solat maghrib je sebab berjemaah dengan ahli keluarga kan.

aku ni tak ke sekolah agama petang2, jadi aku agak ketinggalan sikit bab menulis jawi. aku juga selalu ponteng mengaji. aku ingat lagi dia tanya aku macam mana eja dan tulis ayam dalam tulisan jawi. aku tentulah tak tahu. malulah aku kan.

sudahnya aku dimasukkan ke pondok masa aku sepatutnya di Darjah 3. masa itulah aku dapat baca ayat Qur'an dengan betul, tulis jawi dengan baik, solat dengan tertib, puasa penuh dan memahami Islam dengan lebih baik.

pada masa itu aku pun rasa aku lagi best dari Ija. Ija pun terus bersekolah di tempat kami membesar. hingga akhirnya apabila aku telah berhenti dari belajar di pondok dan memasuki sekolah biasa, Ija aku ketahui telah memasuki sekolah Darul Quran di Kuala Kubu Baru. ayahnya cakap sekolah itu jauh di dalam hutan. ya, aku pernah merasai beberapa tahun sekolah di dalam hutan. tiada dunia luar. hanya dunia kami.

apabila aku menyambung pelajaran ke pendidikan lebih tinggi, Ija dikhabarkan telah menyambung pelajaran di Mesir. Ija menjadi lebih bagus dari aku, pada pendapat aku. aku menjadi malu sendiri. Ija telah memilih bidang agama, dan aku memilih accountancy sebagai core subject. 

pada kali terakhir kami bertemu, kami masing2 bertanya "bila kau nak kawin?" hahaha. klise punya perbualan. kami telah menjadi anak dara tua? tapi rupa kami tetap muda. hahaha.

Ija mengekalkan imej Islamik yang baik, bertudung labuh dan berbaju kurung sopan. aku pula bertudung bawal dan berbaju kurung penuh manik2 di dada dan tangan. sedangkan aku tahu dalam tuntutan agama, wanita tidak seharusnya menonjolkan kecantikan dirinya yang boleh mendatangkan fitnah. aku berasa kalah dengan penampilan aku.

begitu pun aku cuma tidak mahu menjadi hipokrit. walaupun aku kadang2 mengakui ada pada masa2 tertentu pilihan pakaian aku agak kurang sesuai. aku secara perlahan2 membungkus pakaian2 yang kurang sesuai dan membeli sedikit demi sedikit pakaian yang sesuai dengan tumbesaran aku kini.
Ija telah selamat dinikahkan di Masjid Taman Melati berdekatan stesen Putra-LRT. dan aku? hanya tiba ketika jamuan diadakan. dan lagi? aku hanya duduk dalam kereta setelah menghantar emak dan jiran kerana aku berpakaian tidka sesuai langsung untuk ke majlis kawin. alasan? aku tak tahu dia nak kawin jadi dah tentulah aku tak bawa baju kurung bersama.
aku pasti menemui Ija pada hari raya puasa kelak. selamat pengantin baru, kawan-sewaktu-kecilku.

3 ulasan:

  1. takpe...lbh baik kite menjadi diri sendiri drp kite menjadi diri kita kerana org lain :)

    BalasPadam
  2. terlalu ikut diri sendiri tanpa kita sedari dah jauh terpesong dari landasan sepatutnya itu lagi bahaya, sentiasa ingat mengingati adalah sebaiknya supaya diri tak alpa

    BalasPadam
  3. aku masih ramai kawan childhood masih tak lost contact maklumla ..koperasi tu la tempat aku membesar...so situla ramai kawan aku...

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.