In

Akibat Batuk Berterusan, Kami Bawa Aqlan Jumpa Doktor Pakar

Favourite doktor pakar kanak2 kami dekat Ampang Point. Tapi hari ni klinik tak buka. Tutup sampai 4 Sept. 5 Sept baru buka klinik.

Klinik NadiIman yang kami pergi ni dekat sangat dengan rumah. Tapi sebab anak masih batuk2 kami rasa patut jumpa doktor pakar jelah. Yang dah biasa dengan kami pun..Hospital Az-Zahrah.

Masuk2 dah pusing2 cari meja reception. Sebab dah berubah banyak sangat di dalam hospital. Now klinik pakar dan poliklinik telah diasingkan. Jadi taklah ramai sangat orang di klinik pakar. Bagus jugalah untuk kami yang dah terdesak ni.



Jumpa doktor Nazim je. Doktor Rose takde. Takpe, yang penting ada pendapat kedua.

Kata doktor, batuk ada 2 jenis. Abdomen bawah dan atas. Jadi anak ni kena batuk abdomen atas. Bila bagi ubat yang diambil, kata doktor itu untuk batuk abdomen bawah.

Bila nak balik, Aqlan punyalah nak bawa balik mainan dalam bilik doktor..patutlah kemain masa masuk bilik salam cium tangan. Pandai sangat ambil hati. Puas juga kena pujuk siap berdokong sebab dia dah baring2 atas lantai..haishhh..

Terus pergi makan di Mohd. Chan. Bagi dia makan bihun sup dumplings.

Kami pun lepas tu balik rumah terus sebab penat sangat. Semalam berapa kali dia terjaga menangis tak dapat bernafas sebab kahak dia tak reti nak keluarkan. Kesian sangat tengok muka dia letih. Dia pandang aku sambil nangis seolah-olah bercakap susahlah nak tidur..ngantuk..

Related Articles

2 comments:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.

Comments

Weekly Popular

loading...