Jumaat, 23 September 2016

,

Stesen Makan Di Puncak Jalil, Harga Berbaloi2 Untuk Dicuba

Ni cerita dah hampir 2 minggu lepas. Tapi baru teringat nak cerita. Nampak sangat takde apa nak cerita. Hahaha.

Disclaimer. Aku punya entry bukan berbayar. Tapi aku memang suka review makan2 sedap. Sebab aku sentiasa ada penyokong tetap, my Zcat San. Dari sejak berkenalan dulu dia tahu aku suka tulis blog, jadi dia selalu bawa aku pergi try test makanan. Ada kedai2 kami pernah pergi dah ditutup juga. Tak tahulah apa masalahnya. Jadi kalau pergi balik entry2 lama pasal makanan aku akan terkenang2 jugakla. Aku juga tak berminat nak cerita pasal makanan yang aku test tapi tak sedap. Bagi aku lain orang lain tekak. Yang pasti aku tak repeat dah lah..hahaha. Kalau sedap aku share la kat mana..

Kami malam tu nak makan apa tak tahu apa dah. Kat area kami duduk bukan banyak restoran pun. BK5 banyak restoran hipster. Adalah yang aku dah pergi try.. sini tak lama lagi dah nak jadi macam seksyen 7 Shah Alam atau macam kat Bangi Sentral lak. Kemain banyak naik.

Kat Puncak Jalil banyak kedai makan. Kalau kedai tomyam tu..berlawan2 dengan kedai mamak. Tutup, buka baru.

So Zcat ingat nak makan tomyam dia pun pergi masuk Stesen Makan. Sekali nan hado. Menu lebih kepada bakar.

Aku pun order nasi lemak sotong bakar dan laki order nasi lemak lauk ikan siakap bakar. Mula kami order benda lain, tapi dah habis. Orang makin ramai. Kedai ni bangsa Cina yang masuk makan pun boleh tahan. Kata Zcat, kalau Cina masuk kedai Melayu, maksudnya sedap. Ok laki aku memang ada darah Cina. Jadi aku terima kenyataan dia.

Nasi lemak dia sedap gila. Malam tu aku share makan dengan Aqlan. Sebab dia suka nasi lemak. Tapi bagi dengan telur jelah. Air pun kami order sirap dan teh o ais je. Ikan siakap pun sedap.

Actually laki aku dah dapat lama ikan dia tapi tak sampai2. Bila ditanya, staf yang layan kami cakap, dukacita nak cakap, nasi habis baru nak ditanak. Kami dengar macam wow dan tergelak. Itu pasal minta nasi lemak.

Korang tahu berapa harga semuanya? Ni sebab laki aku main tanya2 lepas bayar.



Semuanya RM19.50 je. Aku pun macam haaaaaa?

4 ulasan:

  1. harga berbaloi kalu rasa pun sedap kan..
    ok sgt dah tu harga dgn harga menu sekrang yg melanton2 mahal..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Memang nak repeat makan kat kedai ni. Nak try lauk lain pulak.

      Padam
  2. mmg bebraloi lah..mkanan sedap+harga murah

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.