Jumaat, 30 September 2016

,

Beli 10 Buku Terbitan Buku Fixi Sempena MyCyberSale 2016

Hahah tamak. Tapi sebab aku tak boleh tahan... tak boleh...RM150 untuk 10 buku termasuk pos...tak boleh...aku memang mengumpul Buku Fixi tapi dah lama aku tak beli sebab dah tentulah aku kena save duit elaun laki bagi..

Imej dari IG Buku Fixi

Mula aku dah tengok Rabu...pastu aku fikir Khamis la beli...tiba2 keluar buku lebih baru...Horror Stories 2 by Tunku Halim. No 1 pun aku belum baca...hahaha... aku kalau suka satu buku aku habiskan terus. Kalau tak...berbulan2..atau bertahun macam buku Kasyaf tu. Dah sejak Aqlan belum ada lagi aku dah baca..tak habis2. Aku rasa aku tak suka font dialah.. haha..

Pastu....nak jadi cerita Buku Fixi call laki aku...ah ye sebab semua barang online aku suka diposkan ke atas nama laki..hahahaha... katanya buku tu akan dipos berlainan sebab masih ada kat publisher...wahhh kira aku macam pembeli terawal..gila kentang.

Sebelum aku beli buku2 ni aku list down balik buku2 yang aku dah ada. Kang terbeli 2...naya. tapi percayalah Buku2 Fixi ni ada je peminat sanggup bayar lebih kalau diorang nak sangat especially yang takkan diulang cetak atau cetakan terhad. Tu pasal laki suruh beli...ermmmm.

Kemudian bila laki balik katanya tanak bawak balik buku2. Sebab... aku ada order lagi 10 pada hari ni. So total 20 buku. Oh yeah aku memang gila buku. Lari wei duit simpan untuk epilator Braun 9. Apa citerrr...

Pastu dia kata oklah dia bawak balik sikit2 kira nak ugut akulah tu. Kemudian aku cakap....tahun depan jangan minta resit dengan I untuk tax relief. Hahahaha terus dia terdiam. Ya laki aku kuat mengusik tapi dia selalu terkena balik...hahahaha..

Enough story. Now aku nak kena menahan diri....Isnin ofis tutup.. selasa la baru nak dapat buku2 tu..alahai....buku2 yang tak terbaca pun ada lebih kurang 20 kot. Sebab aku ni jenis pilih ikut mood untuk baca. Aku tak suka paksa diri aku..aku kalau baca...imaginasi macam aku masuk dalam buku cerita. Macam hari ni aku baca Monarki..cerita dia....aduhh memang tak terjangkalah as you can expect from Fixi, semua buku dia diluar jangkaan..

BTW rasa macam nak let go buku2 cerpen. Sebab aku tak berapa suka cerita pendek2 ni..rak buku pun macam tak muat kalau sampai 20 buku ni..erkk..

Imej dari IG Buku Fixi.

Keuntungan aku setelah dicongak adalah berjumlah RM82.40 untuk 20 buku dan pos RM42.40. Yeehaaaa..

Thank you Buku Fixi. You are awesome!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.