Nak masak kari takde santan. Takde bendi dan tomato. Jadi ingat nak goreng jelah. Ada 2 ekor tu. Lepas tu fikir nak kena masak kuah asing pulak...aishhh malas ni..
In the end aku masak kari je tanpa santan. Google cari resipi tapi malasnya nak dapatkan dan sediakan bahan2 yang banyak. Aku flip resipi rempah kari ikan Babas macam senang je nak buat. Tinggal nak kena keluar rumah petik daun kari 2 tangkai.
Maka aku pun masakla..dah 6 minit didihkan kari, tutup dulu. Sebabnya nak tunggu Zcat balik beli tomato dan bendi.
Dia balik je, aku terus sambung masak dan dia buat sambal belacan. Dari katanya kenyang dia teruja nak makan..sebab tengok warna kari cantik. Bila dimakan terus katanya inilah kari yang i suka...kari kat kedai mamak. Terus macam Ratatouille punya filem..makan2 teringat zaman kecik.
Ya kari lebih healthy tanpa santan. Takpelah sekali sekala dengar cakap doktor. Hehehe.
Resipi belakang rempah kari Babas je..siap diberikan tempoh masak berapa lama..tapi jenis air asam tu yang akan bezakan rasanya. Aku pakai 2 sudu besar asam jawa.
Jenis asam jawa aku pakai, yang dibeli di Sungai Petani Kedah. Ni memang kirim khas. Sekali kirim sampai RM20. Seketul dalam RM3. Tapi masa aku dapat tu free je dari Fahada. Dia yang syorkan. So kalau rasa nak habis stok kena kirim cepat. At least bila dia balik sana ke atau parents dia datang aku kirim. Asam jawa ni juga sangat thick. Aku tak pakai asam pes Adabi dah. Dulu2 memang pakaila. Nanti aku blog pula pasal rupa asam jawa dan jenis atau jenama bahan masakan yang aku biasa guna. Sebab kadang2 memang lain rasa kalau pakai jenis berlainan. Macam orang buat biskutlah. Pakai butter lagi sedap tapi butter brand apa pulak..
Tips hari ini..bawang putih lebih senang dikupas jika dibasuh dengan air. Kenapalah aku tak buat masa kupas untuk masak ubat jantung tersumbat hari tu... macam kenapa baru tahu dan kenapa dulu dah tengok di TV tapi abaikan..ngok ngek..
Khamis, 8 September 2016
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
xda santan xpa, yg pntg ada bendi ngan tomato. pergggh
BalasPadamBetul2. Kalau takde 2 sayur buah ni rak sedap sangat. Haha.
Padamteringin nak tengok rupa asam jawa tuh, selalu beli paste adabi tuh jer. Yg dlm peket tuh lambat plak sbb nak kena buang biji
BalasPadamNanti bila guna untuk masak kita tangkap gambar. Hari ni tak guna..dia duduk dalam peti ais je.
Padamyg ni pun sdp gak kak..heheh.. tanpa santan, leh gnti susu cair kan
BalasPadamTak pernah gunan susu cair masak kari. Either guna santan kelapa, santan kelapa sawit atau susu UHT.
PadamSalam Singgah Jumaat. Selamat hari raya Aidiladha in advance juga. best sgt tapi anak2 suka dgn santan. he3
BalasPadamDulu2 mak kita masak kari jenis ni nila nak travel jauh2. Kami masa membesar tak makan kat kedai.
Padam