Selasa, 20 September 2016

Mesin Basuh Tak Berfungsi, Guna Mesin Dobi Layan Diri

Patut tukang baiki mesin datanglah hari ni. Tapi petang. Cuaca pun mendung je. Baju pulak dah menimbun.

Untuk elak lebih banyak pakaian kena cuci, Zcat pergi hantar ke dobi selepas Maghrib. Ah suami, kamu sangat memahami. Saya mana mampu basuh guna tangan dah. Kalau dah 10 hari punya pakaian.





Kenapa banyak sangat dan lama sangat tak cuci kan..6 hari bercuti. Hari pergi tu pakaian sikit sangat, dah 7. Balik lagi, ada 3 hari tambah timbun kain sampai semalam sebab aku jatuh sakit. Memang tak mampu buat apa2. Hari Ahad, adik ipar dah tolong hantar laundry baju2 Aqlan sebab baju dia tak banyak especially baju tidur. Terus dry clean.

Jadi semalam total mendobi kata laki dalam 24kg. Bayar dalam RM30 lebih. Aku memang tak mampu nak ikut. Masih ting tong.

Bila dia balik, aku pun terus lipat kain sebab dah dry clean juga. Baju suam2 katanya. Lipat perlahan2 sambil berbual banyak perkara.

Pak mertua masuk hospital bahagian ICU Ahad lepas. Semalam dah buat pembedahan selepas kena heart attack. Zcat mungkin nak balik ziarah naik keretapi je. Aku mungkin tak ikut balik. Badan aku entahlah masih lagi tak sedap. Aku pun rindu mak..dah lama tak jumpa. Mak pun rindu Aqlan.

Ya Allah, tolong kami semua...

Ni pulak cerita pagi semalam... mak menti panggilan mak kepada komuniti ni. Nakal ni duduk dalam mesin basuh. Mana tak bulat, tumpang makan cat food yang mahal. Siap angkut masuk dalam tub mesin basuh. Ayat laki tak boleh blah masa dia nak hantar keluar binatang ni.."comel. Gebu.." laki memang tak bunuh depa ni. Dia pergi hantar jauh2 dari rumah.


Susulan dari itu...mesin basuh kita isytihar rehat sebentar..

2 ulasan:

  1. baju hr 2 pakai. kita yg keluarga kecil ni pun 2 hr sekali kena basuh.. kalau tak menimbung baju..

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.