Saturday, September 10, 2016

Cream Cif Yang Sangat Berkesan Untuk Kotoran Minyak Degil

Dulu aku rajinla sangat guna bahan2 dapur untuk menyental periuk stainless steel, dan dapur masak. Tapi la ni aku rasa malas pulak nak buat. Lagi kena guna lemon. Alahai mahalnya lemon di Malaysia. Macam harga pisang kat luar negara lah. Begitu juga epal dan durian. Eh..

Aku kalau datang mood nak menyental tu memang aku ralit la buat kat dapur diam2. Apa pun aku tak peduli. Eh tapi kalau Aqlan nangis aku kena cek juga. Dia ada sedikit perangai aku pakai jalan nonong dan langgar apa2 didepan dia. Kes nak jalan cepat nampak benda kat hujung je..depan mata tak nampak.

Kalau korang ada bekas isi minyak goreng nak pakai semula yang diperbuat daripada stainless steel pasti ada masalah minyak melekit2. Yelah dah kalau goreng macam2..masa tuang minyak kalau menapis sisa minyak takpelah jugak..kalau tak...azab nak cuci. Ha la aku ni bekas minyak pun cuci. Bukan boleh biarkan lama2..aku geli okay.

Jadi sebab susah sangat nak hilangkan kesan degil minyak tu aku titiskan 1 atau 2  cream cif. Letak air sikit..biar seminit dua pastu cucilah.. terbaik...

Memang aku ambil gambar melintang.
Pasni nak sental dapur masak pulak..kalau kulit sensitif macam aku..pakailah sarung tangan getah ye. Dan jangan gatal2 nak guna cream cif untuk basuh barang plastik atau kayu. Stainless steel dan tiles aje ya.
Previous Post
Next Post

About Author

0 comments:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.