Pagi dah breakfast nasi lemak kaler hijau...walaupun pelik, aku makan jugak. Hehe.
Jam 11 camtu kami bertolak ke Taiping. Singgah ke Ansari Famous Cendol. Beli cendol dan rojak telur.
Sebelum tu singgah pasar beli popiah basah. Dah nampak orang jual air tebu berhenti pulak dapatkan air dan cucur udang, pisang goreng dan cekodok.
Kemudian singgah rumah wan nyah, mak mertua punya kakak sulung di Asam Kumbang. Aku pun sambung bedal makan rojak.
Selepas solat asar kami balik ke rumah mama di Kg. Boyan untuk hantar barang.
Kemudian menuju ke rumah Ucu, sepupu mama di Pokok Asam. Minum teh o, makan kuih muih, solat dan mandikan anak. Setelah bergerak seketika kena patah balik sebab Zcat tertinggal hp dia.
Acara seterusnya pergi ke Port Weld atau Kuala Sepetang nak makan mee udang. Adoiii...
On the way balik singgah Hentian R&R Bukit Gantang beli buah-buahan pulak.
Marilah balik....makin bulat dah ni..
Rabu, 14 September 2016
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
amboi kemahen berenang2 udang tu,sedap ye lahai...
BalasPadamTu mangkuk mertua. Kita makan mee goreng je. Udanf ada 7 ekor besar2. Alahai....sedap sangat๐๐๐
Padamkemahen lagi :p
BalasPadam