Sabtu, 10 September 2016

Percubaan Pertama Membuat Kek Red Velvet Kukus, Hasilnya Mengejutkan

Woooo beria2 aku nak buat kek ni. Last makan aku beli di The Labels masa dapatkan stok penjagaan rambut Marini Naturalémagic di Tesco Kota Damansara.

Sebelum tu aku makan kek velvet sempena Birthday Reen yang dibawanya masa berjumpa last 2 weeks. Sedap tau kek tu. Aku siap tanya harga berapa...RM200 ko..

Aku memang suka kek ni. Kalau jumpa aku beli. Tapi kek Birthday Reen itulah yang paling sedap.

So aku nak buat kek ni sebab anak aku suka makan kek juga. Kita ni bukan nak makan sepotong je...kalau sepotong pun dah nak berbelas ringgit...

Maka berialah semalam shopping bahan2 buat kek di Jaya Grocer Main Place. Situ section bahan2 buat kek biskut kuih muih ke ermmm menarik sangat. Tapi yelah kena beli apa yang perlu je. Usah nak over..

Aku start buat kek jam 2.30 petang. Hahaha. Resipi ni diambil dari blog daridapur.com

Pengarang resipi itu memberikan ajaran satu demi satu yang sangat mudah. Dengar jelah cakap dia. Cuma instead of letak tuala masa mengukus untuk elak air titis atas kek aku guna aluminium foil. Aku juga guna 3 biji telur saiz C. Kalau saiz A 2 biji cukupla..

Kat bawah ni ialah apa bahan resipi aku..korang nak try buat ikutlah resipi asal atau nak ikut aku punya pun okay je..hehehe.

Senarai Jenama Bahan Buat Kek

  1. MFM Tepung Superfine
  2. Beryl's Cocoa Powder
  3. Garam Bukit (lupa brand, nanti update)
  4. Kings Baking Powder and Bicarbonate Soda
  5. Dutch Lady UHT Full Cream Milk
  6. S&W Apple Cider
  7. QL Omega Telur
  8. Prai Gula Castor
  9. Saji Minyak Masak
  10. Star Brands Esen Vanilla dan Pewarna Merah
  11. Emborg Whipping Cream
  12. Tatura Cream Cheese
  13. Lemon dengan Air Masak takde jemama okay...


Tepung gandum superfine 2 cawan, setengah cawan serbuk koko, 1 sudu teh soda bikarbonat, 1 sudu teh baking powder dan 1 sudu teh garam bukit halus.

Laki aku tanya dah pakai tepung superfine pun nak kena ayak ke? Jawapannya ya..sebab serbuk koko tu especially dia berketul sikit.

Ini ialah hasil 250ml susu segar dan 2 sudu besar cuka epal untuk membuat buttermilk. Aku biarkan lama lebih dari 15 minit. 

Alat pemukul tangan je. Takde yang hebat2 sangat. Beli kat Harvey Norman lama dah..first time baru nak guna. Haha.

Sessi pukul gula halus 1 cawan dan 1 cawan minyak masak.

Masukkan telur satu demi satu 3 biji. Pakai hand mixer ni tangan bergegar weii..

Ni dah masukkan 1 sudu besar pewarna merah, 1 sudu kecil esen vanila, air panas 2/3 cawan, buttermilk dan adunan tepung. Loyang kena sapu butter dan sedikit tepung elak melekat.

Dah masuk ke dalam periuk kukus yang air telah dipanaskan 5 minit terlebih dahulu, baru masukkan adunan kek.
Terus buat topping dari 250gm cream cheese, setengah cawan whipping cream, 1/3 cawan gula halus dan 1 sudu besar jus lemon.

Kek dimasak selama 50 minit. Aku tutup api, keluarkan untuk keringkan kek..kemudian kami keluar pergi jalan2. Hahaha. Dah balik malam tu baru aku sambung buat.

Resipi topping ni memang sedap sangat..Ya Allah aku suka gila...terima kasih pada penulis resipi ni..dia punya sharing tips sangat membantu newbie macam aku.


Rasanya macam kek velvet birthday Reen. Sedap gila..tapi ki tengoklah aku punya hiasan topping. Nampak samgat comotnya. Penggunaan pusau pemotong yang salah masa nak bagi 2 kek. Hahahaha. Yang penting laki aku kata sedap...budak Aqlan memang suka makan.

6 ulasan:

  1. wahhh tengok tekstur kek pun dah Nampak sedap ni.. arituh ada try, tp guna beetroot, rasa mcm apam ler plak hahaha.. TQ for sharing yerr

    BalasPadam
  2. nmpk sedap je,pndai anis buat kek, klu tgn kita yg keras ni memg bantat kek tu
    hahha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni pun belajar dari gugel resipi orang lain. Boleh je buat. Ikut arahan sepenuhnya.

      Padam
  3. pernah try sekali..tp kita buat macam x comel & cream mcm x jd.... nanti nk cuba lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silalah guna resipi daridapur.com memang sedap kata laki kita.

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.