Tuesday, September 13, 2016

Hari Makan Buah-Buahan Dari Tengahari Ke Petang Sehingga Malam

Penat juga bila nak memikirkan tajuk sampai 9 perkataan. Padanlah...

Tengahari makan cempedak mentah dah nak 10 ulas. Gambar tak sempat tangkap dah. Makan macam nasib jelah ada rezeki tu. Nila tanya Zcat dia tak makan buah cempedak mentah. Tapi bila bagi rasa satu..dia minta lagi satu. Menyesal tak...

Bila petang makan durian pulak. Aiseh tahun ni baru pertama kali makan. Diam2 jelah makan. Hahaha...itupun semalam dah puas cari, akhirnya petang dapat durian pun sebab pak mertua dan kak ipar cari. Mana2 tah diorang jumpa. Siap sekali buah limau bali merah..adoiiii...

Raja Kunyit




Dah kenyang makan durian kami pergi Taman D.R. Seenivisagam.

Happy naaa tengok buih belon.




Bila malam kami ke gerai makan di Pekan Razaki, yang mana tukang masaknya ialah kak ipar. Aku order bihun goreng kerang udang la. Zcat order koay teow goreng udang kerang dan maggi goreng. Aqlan pulak tidur nyenyak dalam kereta. Keletihan balik dari park petang tadi.



Dah habis makan, owner kedai jamu makan sup tulang dan jagung rebus. Maafla sampai je jagung aku dah tak boleh makan walaupun teringin. Dah tepu kot perut aku. Kemudian komen diorang terhadap kek velvet kukus tu sedap..siap minta resipi. Aku bagi kak ipar, dia jamu diorang makan kek tu..hehe so ada semangat untuk masak next cake..zcat dah minta kek kukus buahan campuran..ermm..

Itulah bila balik kampung macam inilah jadinya. Asyik makannnnnn ajerrrr..

Alhamdulillah.
Previous Post
Next Post

About Author

6 comments:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.