Khamis, 29 September 2016

Hai Lazada Malaysia, Cepatnya Kamu Mengepos Barang2 Pesanan Saya

Aku memang tak jangka dapat barang2 yang dipesan sempena mycybersale yang cuma 5 hari je tu dengan cepat. Sebab aku memang memilih perkhidmatan paling murah iaitu tanpa bayaran penghantaran. Kalau kena juga pun sebab berat. Jadi ya...bulan ni aku dan laki aku membeli-belah di Lazada agak berkali2 jugakla.

Mula2 sebelum mycybersale. Aku beli kinetic sand, bodyshaper dan lingerie 14 Sept lepas. Dan semuanya sampai dalam 7 hari bekerja.

Kemudian aku beli pulak rocket, face massager, pelapik tumit dan foot mask masa mycybersale minggu ni. Yang belum sampai cuma foot mask je..takpe sebab aku jangkakan semua akan sampai dalam October. Tapi bila Lazada dapat hantar lebih awal..tentulah aku sangat suka. Dan semua barang tiba dalam keadaan baik. Syok betullah.


Tunjuk kat adik ipar terus dia pun tergedik2 nak jugak...terus nak order dan2 tu jugak padahal aku belum try ni. Bateri mana...hahahaha. bateri kena beli sendirilah. Double AA.

Sesuai untuk elak tumit kaki pecah mengikut kefahaman aku sebelum membelinya. Tapi nak pakai hanya lepas aku dah pakai foot mask dulu.

Roket kayu boleh detached pilihan Zcat. Tapi aku yang orderkan. Ngeeee..

Last sekali aku nak order 6 in 1 cake stand. Yang ni minta laki orderkan esok sebab aku dah cuba buat malam ni gagal..kejap2 screen hp aku out...

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.