Jumaat, 2 September 2016

Sebagai Ibu Jangan Mendoakan Yang Bukan2 Untuk Anak Kita

Pagi Jumaat..1.30 pagi lebih kuramg, anakanda Aqlan muntah sebanyak2nya atas katil. Kami dua orang tunggu je sampai habis dia luahkan. Maklumlah dah berapa hari batuk. Bila muntah keluar semua lendir yang tersumbat. Budak kan mana tahu nak keluarkan sendiri.

Pada yang bertanya bila Aqlan nak dapat adik buat teman... hati2..sebab aku tanak ada anak baru sebagai teman Aqlan. Tak memasal salah seorang atau 2-2 tak kawin sebab maknya minta buat teman. Kalau Aqlan nak ada adik pun, dia cuma jadi pelindung. Tapi bukan penanggung. Sebab setiap kita bertanggungjawab atas perbuatan sendiri. Jangan jadikan anak2 tu tempat lepaskan tanggungjawab kita pulak. Suatu hari nanti dia ada keluarga dia jugak. Memang sekarang tanggungjawab kita menjaga dia. Mendidik dia supaya jadi insan berguna. Doakan selalu dia tidak jadi penderhaka. Pada agama, pada orang tuanya atau pada pemimpinnya.

Mendidik anak bukan tugas mudah. Aku yang menjaga dia sendiri terasa keletihannya. Aku mudah marah. Aku ada level kesempurnaan aku sendiri. Jadi kadang2 aku lupa anak aku kecil je lagi. Belum baligh pun. Tapi kadang2 aku selalu layan dia macam orang dewasa.

Teringat masa bekerja dulu, aku cuma jaga dia malam. Siang2 dirumah pengasuh. Bila ambil dah naik kereta dia tidur sebab penat bermain. Jadi tugas aku mudah. Sekarang nasa tidur dia tak menentu. Dia main dengan aku. Kalau abahnya balik dia nak main dengan abah dia pulak. Dia takde kawan atau teman sepermainan hari2 macam di rumah pengasuh dulu. Jadi bila dibawa pergi park dalam mall atau di luar dia suka sangat. Juga suka dilayan sepupu2 sebaya. Ya dia memang manja sangat. Tapi bukan manja tak tentu hala. Maaf ya ibu abah bukan hamba. Ibu abah cuma penjaga.

Doa untuk panjang umur. Supaya dapat jaga dan didik anak ni jadi insan berguna. Suami isteri janganlah doa mati bersama pulak kalau dah ada anak kecil. Cuba fikir sikit siapa nak jaga diorang ni nanti. Jangan harap sanak saudara sangat atau rumah kebajikan. Kesian anak kecil. Mereka tiada dosa.

Suatu masa bila dia dah dewasa memang kita harap anak2 akan menjaga kita tapi janganlah sampai haknya untuk berkeluarga tiada. Dan anak2 pun bila dah berkeluarga jangan minta ibu bapa jaga cucu2nya pula. Masa mereka dah tamat ya. Masa tua mereka untuk diri mereka pula. Begitulah kitaran hidup kita.

Dah bila masa bekerja jangan layan youtube je..kecuali kalau dah bekerja dengan mereka.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.