Sunday, September 11, 2016

Arix Sponge Basuh Pinggan Yang Terbaik Pernah Aku Gunakan

Bertahun dah aku guna span ni. Makin susah nak cari pulak. Kalau jumpa buat stok siap2. Dulu2 aku beli kat Giant. Ada seorang wanita ni tercari2 span yang bagus di rak. Aku yang lalu dekat situ terus tunjuk span ni. Silalah guna sebab sangat bagus. 

Ok span ni memang mahal sikit harga dia. Dulu masa aku bujang, kan jarang masak..satu span nak dekat setahun aku pakai. Korang percaya jelah. Tu zaman duduk Apartment Sri Baiduri kat Bukit Indah Ampang nun. Masa duduk kuarters guru sekolah cina Kg Baru Ampang barulah aku rajin masak. Guna sekeping dalam 3-4 bulan juga. Tapi sekarang dah semenjak jadi surirumah 2 bulan la baru tukar.

Sekarang harga dia 3 keping dalam RM8. Dulu aku beli dalam RM6 je kot. Kat Hero lah aku dapatkan..daya sental dia tu yang best..hehe.





Maaflah kalau cucikan pinggan kat rumah orang lain tak pakai span ni...aku memang malas sikit nak basuh pinggan. Hahaha.
Previous Post
Next Post

About Author

0 comments:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.