Jumaat, 23 September 2016

Mendobi Sambil Makan Tomyam Dan Lauk Lidah Lembu Herba

Kami pergi mendobi lagi....lalala.. bila dikira2 kalau tiap2 seminggu sekali pun dah habis cecah RM30 untuk cuci dan dry, memang kopak la siapa yang selalu buat. Baik korang beli mesin basuh macam Electrolux yang ada dryer sekali tu..untung...walaupun kos permulaan memang lebih RM2k.

Mesin basuh kami dah siap dibaiki kat kedai. Belum ambil lagi sebab perang dengan mak menti belum settle. Pandai pulak diorang ni makan tapi tak kena perangkap.

Nak menunggu mendobi semua ni lama, baik makan kat kedai sebelah. Kami makan kat BK3. Dekat je dengan stesen LRT BK5.

Aku order tomyam campur dan telur bungkus. Zcat order lidah lembu herba. Erk lidah?

Sekali bila makan...ya ampun sedap betul. Apa nama kedai aku lupa, nanti kalau pergi, aku hafal la nama kedai tu...haha.

Zcat cakap yang sebetulnya kalau order nasi daging masak merah, patut guna lidah. Tapi orang sekarang dah tak buat. Bagi daging yang liat2 adalah.

Tapi.....harga lidah ni memang mahal ya. Kami tak pandai masak. Dannnnnn ni first time aku makan lidah seumur hidup ni. Dannnnnn kalau dah macam ni expectation aku, memang susahla..sebab Zcat cakap orang ni masak memang sangat sedap sebab dia dah biasa makan lidah. Jadi kalau nak makan kena datang sini je...

Masa ambil order staff tu tanya, mendobi ke kak..? Hahahaha aku pun gelak2. Nampak sangat siapa datang kedai dia sebenarnya mendobi kat sebelah.

Ok harga lidah masak herba ni ialah RM12.90. Depa ni orang Kelantan campur Siam kot. Masakan dia sedap wooii... harga makanan average biasalah tapi masih boleh diterima akal. Telur bungkus tak berminyak. Tomyam dia sedap tapi bukan sedap gila bak hang. Haha lain orang lain rasa lidah okay. Sebab laki aku memang suka tomyam. Jadi dia lebih suka tomyam putih.

Lidah Lembu Herba. Ada sos cecah lupa nak snap pic.

Telur Bungkus

Tomyam Campur

Nasi goreng cina untuk Aqlan...sedap wei RM5 je murah kot...lauk banyak.

Sampai sekarang aku teringat masakan lidah tu. Dahla dihiris nipis. Makan krap krup bunyi. Terbaik bak hang.

2 ulasan:

  1. dengar lidah je, dah kembang tekak..huhu
    mana lidah ye, xnampak pun hahha

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.