Ni semua kes adik ipar akulah.. ajak pergi GM Klang sebab nak beli pewarna kuku boleh kopek2. Aku siap tanya tak rosak ke kuku tu? Dia kata tak...senang je kopek dan senang nak apply kat kuku.
Layan jelah ke GM.
Aku beli rak untuk barang2 kecil. 25 laci RM25. Murahnya laaa.. pastu beli telur yang ada mainan untuk Aqlan. 4 biji RM15.
Adik ipar aku...bila aku jumpa dia balik...21 botol pewarna dia beli..
Ok mula2 aku cari dengan dia. Yang 7ml 5 RM10.60. Yang 15ml sebotol RM16. Sekali bila dah berpisah shopping, dia borong RM5.40 je sebotol. Tak tahulah kedai mana satu. Masa tu kelam kabut sebab GM tutup jam 7 malam. Aku pun pening dah 4 tahun tak datang. Banyak sangat.
Balik rumah kami main cat2. So bila ada warna yang sama, sebab sebelum ni dia ada beli online botol kecil 7ml satu RM6...dia bagi aku 4 botol. Akekekeke...
Tapi lepas guna memang puas hati warnanya. Paling senang nak apply cuma lambat sikit kering. Sapu tebal2 sikit supaya senanb nak kopek balik. Dah tu aku pakai ala kadar je..untuk puaskan hati masa cuci aku still gosok dengan acetone iaitu penanggal pewarna kuku. Maklum aku nak jaga kesucian hadas. Aku rasa kena pakai base kot untuk jaga kuku. Letak minyak dulula..pilih minyak yang mesra kulit. Aku pakai almond jelah.
Aku rasa cam perempuan2 sangat pakai cat2 kuku ni. Hahaha memang aku tak pakai sangat. Ni semua macam lipstik. Lepas pakai bila nak solat kena cuci habis.
Sabtu, 24 September 2016
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.