Aku dah berjaya beli bodyshaper. Hahaha...berat aku naik lepas dapat anak ni boleh tahan....lagi satu nak betulkan shape badan yang menggelebeh.
Mula2 aku tengok iklan di IG bawah nama Islalisa Corset. Ada macam2 jenis. Pilihan menarik. Sebabnya yang utama korset dia ada lubang khas untuk membuang..Marketing dia baik punya. Siap boleh tukar kalau tak suka. Tapi ada tempohla. Kat situ aku dah krik2...sebab korset ni dah macam pakaian dalam.. aku pentingkan hygiene okay. The rest malas aku nak cerita.
Aku juga pergi ke Mark's and Spencer. Ada dapat kad diskaun 10% untuk bodyshaper dan bra sehingga April ke May 2017. Sesiapa pun boleh ambil kad tu. Tapi kena ke kedai tulah sebab diorang akan ukur badan kau dan tulis sikit maklumat saiz kau dalam kad diskaun tu. So kat situ aku nampak bodyshaper dia pun dah ada butang untuk dibuka kat bahagian genital untuk mudah ke tandas. Dah trend kot. Dulu2 mana ada benda2 ni. Gila payah nak ke toilet nak buka seluar shaper tu je dah berpeluh2. Haha. Aku memang suka M&S punya produk sebab aku dah beli dulu. Tapi dah 4 tahun kot..tapi harga dia memang mata kau buntanglah sikit. Produk bagus kan.
Cosway ada juga tapi aku tak minat dah. Dulu memang aku ada beli bodyshaper dia..murah je pun harganya..so sebab sebenarnya kecewa dengan pengurusan baru.. lagilah aku takde mood nak belek2 dah katalog dia macam dulu2..walaupun aku masih VIP Member. Dah tak dapat RP...
Last2 aku tengok kat Lazada. Harga bodyshaper aku nak tu murah seh....sama pulak dengan Islalisa tu kalau tengok dari segi gambarlah. Kau tau jelah kalau beli barang2 kat Lazada, masukkan kod khas ko dapat diskaun berbaloi2. RM79 je aku beli. Tapi bayar dalam RM60 lebih. Lalalala...tapi masa dapat kat tangan aku, pembungkusan dia mudah je. Takdela cantik2. Cara2 nak pakai pun takde. Atau pun cara2 penjagaan. Ahhh yang penting sama je.
2nd thing aku nak beli ialah epilator. Aku pernah beli dulu jenama Wizzit. Sakit wooii. Takat guna kat armpit bolehla...
So selepas buat kajian....aku nak beli Braun Silk Epil-9. Bukan takde nombor 3 atau 5 atau 7. Tapi kalau ikut review terbaru nombor 9 la paling banyak dapat A+. Ni mengikut pengguna yang dah biasa buat wax, brazillian wax dan sebagainya. Harga memang pitam. So nak tunggu harga turun..hahaha...diskaun pun takda semalam dah pergi tengok di Harvey Norman...paling murah kat Harvey Norman la. Lazada mahal...11th Street laaaaagi mahal. Takpelah aku nak kumpul elaun sikit2la. Biar puas hati...
Pesan kat diri sendiri, kalau handbag...kasut ratus2 kau sanggup bayar..apa kata untuk keselesaan sebagai seorang wanita tu kau beli Braun Epilator ni. Demi untuk kesihatan jugak. Banyak faedah akan didapati.
Pada sesiapa yang baru nak guna shaver kat armpit tu hentikanlah. Sekali guna...menyesal selamanya. Sebab aku tak pernah guna seumur hidup. Aku guna tweezer je..berbulan2 baru tumbuh balik dan halus je..lagi satu tak hitam dan kasarlah. Pakai tweezer elektrik memang best sebenarnya. Takdelah terkial2.
Satu lagi takyahla pakai roll on ke kat armpit jugak. Pun mengundang kehitaman..dan baju pun rosak..kalau nak pakai jugak aku cadangkan Kiehl's. Mahal satu tiub 75ml RM70+ kot tapi boleh tahan 4-5 bulan. Ni testimoni produk by laki aku. Aku memang tak pakai tapi aku share jelah dengan korang..hehe. Sebabnya aku sendiri lihat bukti depan mata. Baju2 kemeja laki aku semua elok tang ketiak tu. Korang tau jelah negara kita kan panas...berpeluh2 tu memang dah biasa...
Aku juga nak beli kasut sneakers untuk jalan2. Pakai kasut flat pun kaki melecet. Ni kes jalan2 jumpa gegerls hari tu lah. Tak sedar diri dah jumpa kalau boleh 12 jam terus. Aku masih suka brand Skechers sebab sesuai dengan hujung kaki yang lebar dan tapak kaki jenis Arch.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.