Pagi raya aku tak dapat tidur sebenarnya lepas tidurkan anak. Bila aku bangun nak minum, sibuk dia ikut. Kemudian layan movie jap.
Masuk tidurkan anak balik, mata aku terkebil2 sampai jam 4.30 pagi aku bangun pergi iron baju raya.
Pagi raya lepas mandikan anak, kami tinggal berdua jelah..orang lain ke masjid.
Lepas tu makan rendang paru dan roti gardenia. Sebab aku tak boleh makan lemang walaupun hidangan tu ada.
Kemudian aku pun start mengantuk bila Aqlan dah tidur. Erm sudahnya satu rumah tidur kecuali pak mertua, dia pergi melapah daging.
Lepas zuhur baru kami ke rumah jiran mama. Buat kenduri dan sambut birthday cucu. Cuaca memang panas lit lit..kami pun ke Tesco minum air sedap. Sempat aku rembat sehelai seluar.. hahaha. Tak sangka pulak bila dah bayar tu ada diskaun 50%. Fuiyooooo.
Malam kami makan sup daging korban. Adik ipar masak. Layan makan panas.
Malam jalan2 sekeliling bandar bawak anak..saja tengok2.
Isnin, 12 September 2016
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
sdpnya tgk sup..heheh..salam aidiladha kak.
BalasPadamMemang sedap. Makan 2x. Haha.
Padamsalam aidil adha anis..
BalasPadamSalam Aidiladha Zie..😊😊😊
Padamselamat hari raya sahabatku :)
BalasPadamSelamat hari raya Ann..😊😊😊
Padam