Ahad, 30 Oktober 2016

,

Aqlan Main Dengan Nenek Sampai Tak Terdaya Dah Nak Melayan

Redup je kan hari ni. Pagi2 jam 7.15 keluar jalan kaki dalam 2.5km. Balik buat kerja rumah macam takde apa2.

Masak tempe goreng pedas pastu ratah2 je

Lepas tu ke Farmasi Seri Petaling nak cari serum bulu mata. Angan kau nak bulu mata macam unta. Dapat...memang happy la..pulak2 dapat tahu banyak barang baby yang murah. Susu Karihome RM104 je..ah takyah pergi Manjaku dah. Kedai ni tak jauh dari rumah.  Lepas tu macam2 la beli kan..hehe.



Lunch di CIQ. Masakan Cina Muslim. Kemudian gerak ke Kota Damansara nak jumpa mak. Sebab esok mak nak pergi KT dah.





Zcat letak kami dan pergi jumpa kawan lama. Dia ada acara bowling di Alamanda dengan kawan2 sekolah tapi dia tak nak pergi pulak. Aku amik kesempatan rehat2 dan biar mak main dengan cucu last dia. Eh? Setakat inilah...mak sekarang tunggu 2 cicit  bakal lahir. Cicit ke 12 dan 13. Aqlan cucu nombor 51.


Main rebut kerusi dengan Nenek

Nenek dia bagi peluang kejap. Hahaha

Malam balik makan pizza tortilla Zcat masak. Sedap. Lepas tu layan bola dan kejap2 Gegar Vaganza. Haha. Aku boleh layan bola sebab diorang main cantikkk..


0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.