Khamis, 20 Oktober 2016

Maybe Aku Pun Patut Tulis Biodata Macam Zaman Budak2 Dulu

Haha..ni sebab semalam aku baca moonpunyerblog.com jadi aku punyalah enjoy baca sambil gelak2 sendirian. Teringat zaman sekolah rendah menulis biodata kawan2 dalam buku kecil panjang yang dibalut dengan pembalut hijau siap berplastik. Sebelum tu ada buku lain..Pindahkan ke buku baru sebab nak tulis cantik2.

So kawan2 ni melayan je...isi nama..DOB la..adik beradik berapa ramai siap nama.. makanan kegemaran.. benci apa semua nak share. Jangan kata kawan sebaya..yang lebih tua dari aku pun share juga. Hahaha.

Kalau dah siap tulis..hujung2 cakap nanti tulis kat buku kita pulak ya. Gitulah. Kata duduk asrama sejak kecil. Dah macam buku autograf pun ada. Macam kewajipan pulak ada buku tu. Setiap tahun ada je bertambah buku baru. Yang paling dahsyat siap letak gambar sebagai kenangan. Mahal kan gambar dulu2 cuci sekeping mahu 50 sen. Kalau dah kawan cucikan boleh jadi 70 sen sampai seringgit. Bergantung kertas print jenis apa. Well aku suka Kodak atau Fujifilm. Haha.

Aku memang tak nak share banyak sangat. Pasal nama aku yang panjang tak sangat tu tapi pelik je bila dengar dah biasa dah aku tengok reaksi muka orang. Sampai ada pekerja kaunter bank RHB suruh aku sebut semua nama adik beradik aku. Malas aku nak layan diorang ni tau... sebab puas dah aku layan zaman aku kecil2 dulu. Kang tak dilayan kata aku sombongla. Dahla muka aku orang cap wajah sombong. Bila dah kenal...macam menyesal pulak sebab hahaha...hanya yang kenal rapat tahulah aku camner..kihkih.

Panggilan nama...

Banyak sangat sebab aku suka mereka...kekeke...family dan kawan2 zaman sekolah panggil Neng. Kat matrik dan uni panggil Eri..kat tempat kerja Anis dan seterusnya aku memang kenalkan diri aku sebagai Anis je. Sebabnya....masa kat sekolah ada cikgu panggil aku Neng Yatimah lah..Neng Baizura lah...ko ingat aku tak nyampah? Aku ni nama panggilan kalau aku tak suka aku malas nak menjawab. Yaaa tapi cikgu kan kena juga jawab walaupun muka aku dah tarik 14 inci katanya..

Lepas tu yang Eri tu pulak sebab sebenarnya aku nak kawan2 zaman tu panggil Anis dah..tapi dah ada orang lain nama Anis. Jadi aku pun cepat2 kenalkan diri masa minggu orientasi sebagai Eri. Kah kah..kan ke nama tu awek dalam drama Jepun yang popular..Beach Boys ke hapa tah tapi citer tu bagi kesanla kat aku. Cehhh..tapi budak2 laki tak suka sangat nama tu..jadi diorang panggil aku Neng juga. Ciss depa ni..tahu tak Neng tu maksudnya apa? Nona atau anak dara dalam Bahasa Indonesia.

Dan itulah sebabnya aku nak dipanggil Anis. Sebab kalau panggil Neng macam doa je yang aku akan jadi anak dara selama2nya. Means aku takkan kahwinla kot. Ceh fikir sampai camtu kau..jadi kekallah panggilan Anis sampai sekarang. Dan family aku pun pandai je nak menukar panggilan bila borak dengan laki aku. Hahaha..tapi akhirnya Neng jugak..ko rasa..? Tu kan nama panggilan manja..

Panjang pulak aku bebel. Macamla ramai sangat nak baca biodata aku ni. Hahahaha.

DOB

Aku lahir 11 July 1977 bersamaan 24 Rejab 1397 Hijrah. July bulan ke-7 Roman dan Rejab bulan ke-7 Hijrah...ya sebab tu aku suka nombor 7. Aku dilahirkan pada hari Isnin which is sama dengan hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. yeay juga..waktunya jam 5.38 pagi. Seronok eh tengok surat beranak tulisan tangan..dan nasib nama yang diberikan dieja dengan betul. Ni mesti arwah bapak aku dah tulis siap2 suruh diorang salin je. Oh ye aku lahir di Hospital Raub, Pahang yang lama.. sebab sekarang tempat tu dah jadi balai polis.

Oklah tu jelah dulu kot. Kalau tulis pasal hobi pun benda tu berubah2 ikut mood aku.

Ah pasal yang kekal buat masa sekarang ialah aku dah berkahwin dan ada seorang anak. Erm aku kahwin lambat disebabkan tempoh belajar aku yang lama. Tu salah satu sebab la. Lain2 biasalah belum jumpa jodoh. Tapi aku tak galakkan sesiapa pun kahwin lambat..dalam kes aku, aku tak sesal kahwin lambat sebab banyak benda aku perlu buat dulu sebelum aku sanggup serahkan jiwa raga pada seseorang yang bergelar suami. Aku cerewet gila kot. Nasibla dapat laki cerewet jugak. Dan mak mertua aku paling best...dia lahir pun bulan July. So perangai kitorang ada lebih kurang sikit. Haha..

Pasal zaman belajar aku yang panjang tu tak semua dapat dikongsikan. Kalau aku nak tulis..jadi novel pulak nanti. Sebab apa yang terjadi masih terlalu segar dalam ingatan. Umur 26 tahun baru habis belajar. Jadi tempoh zaman belajar adalah selama 19 tahun. Dalam tempoh umur 6 hingga 26 tahun,  selama 2 tahun 8 bulan aku tak ke sekolah. Satu perkara terjadi..dan hikmahnya satu perkara lain yang lebih baik berlaku.

Dah melalut2 ni..pasal kerja actually aku berpengalaman bekerja di Petrosains sebagai part timer je..masa tu masih belajar..dan praktikal di KTMB. Kerja di Stagno dan Nadin je. Lepas tu aku fade up aku berhenti, boleh? kalau pekerjaan itu akan menyebabkan kehidupan aku tak terurus..ia tiada makna lagi..

Dan ya aku memang patut buat kerja2 yang mendatangkan pendapatan dari rumah...tapi apa yang terbaik belum datang lagi. Sesungguhnya Allah pengatur hidup kita yang terbaik.


Budak Aqlan ni panjang lagi hidup dia..aku cuma harapkan nasib hidup dia di dunia lebih baik dari aku. Jadi bila itu terjadi maka nasibnya akan terlebih baik di alam kubur dan akhirat kelak. Untuk lahirkan anak ni pun aku tiada rancangan dalam hidup. Tapi bila aku ketahui dia ada..aku titipkan doa untuknya selalu. Dan diri aku juga sebabnya aku ni dikenali sebagai makcik garang nak mampos di kalangan anak2 buah aku. Dia nilah ujian hidup aku sebenarnya.

6 ulasan:

  1. ada ada org baca, sy baca ,kah2 tergelak2 sy baca
    dari panggil eri,baik panggil eric neng..hahaha

    tak pe la nis, Allah tu dah planing terbaik utk kita,ada la rezeki yg luas utk anis, walaupun housewife,aqlan lg rapat dgn anis..kan..hihiii

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heyyy heyyy....hahahaha..alah Eri tu kan cam brutal kekononnya.

      Padam
  2. xpe kak, sebaik perancangan itu semua kan.. inshaaALLAH..

    BalasPadam
  3. dan jangan lupa ko ada kawan lahir bulan 7 jugak...mereng gila tahap darjat yang sama macam ko :p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah mengaku juga..
      Hahahahaha. Yelah Ann, ko tu memang.

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.