Isnin, 17 Oktober 2016

Minggu Sibuk Dengan Bermacam Jahitan, Janji Hati Puas Dan Gembira

Selepas teepee, aku betulkan tali pengikat telekong. Dah loose sangat getah dia..aku baiki buat tali baru ala2 telekong Siti Khadijah. Belajar kat YouTube je.

Lepas tu tudung2 kontot yang dipakai zaman malas tu aku buatkan awning dari serkup2 yang aku beli berlambak2 sehelai RM5 tu.

Tudung2 style Syria yang diselamatkan hanya yang mahal je. Hahaha. Sebab selepas beberapa kali pakai masih tidak berbulu. Walaupun basuh guna mesin basuh..kan malas.. yang jenis murah memang berbulu dan tak best dah. Apa projek aku nak buat yang tudung berbulu tu ye. Nak let go bagi orang ke atau aku jadikan dia benda lain..?

Lepas ni ingat nak settlekan telekong jubah. Seluar dari kain batik. Skirt bentuk A dari kain batik..alter pakaian yang perlu..

Maybe lepas tu boleh move on buat bandar Aqlan. Atau projek tanam pokok. Hahaha...baja dah berbulan dalam beg plastik weiii..

BTW birthday laki tak lama lagi. Nak kena buat kek kot.





Dah lepas ni takdelah kes asyik2 nak baiki serkup ternaik dan menyebabkan bentuk muka bulat semacam. Haha. Lagi satu tak sakit dahla telinga aku sebab pakai serkup ketat dan cermin mata yang diletakkan tu takdelah cengkam cuping telinga.

Tudung ni kontot kan..aku ingat nak jadikan dia inner je. Especially untuk kain shawl yang jarang2 tu. Jimat duitlahhh. 8 helai siap. Gembira...

6 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.