In Makan Luar

Port Suki-Ya Yang Paling Best Adalah Di Da:Men Mall, USJ

Setelah diketahui sendiri Suki-Ya di Alamanda telah ditutup, hari ni laki ajak try di Da:Men. Lagipun kami tak pernah pergi mall baru ni. Sekelilingnya ialah The Summit, Giant dan dekat juga dengan Mydin Mall dan Segi Fresh.

Masuk2 parking tengok caj dia murah je. Weekend 2 jam pertama RM1 je..

Kami terus ke concierge nak tanya di mana Suki-Ya. Malas nak cari2 lagi. Haha.

Bila dah masuk restoran ingat nak duduk depan sekali je..sekali diorang suruh kami ke belakang supaya muat ketak baby chair. Kami pun ke belakang sekali..dan itu memang tempat terbaik. Sejuk dan lapang..dan takyah tengok muka orang. Haha. Suki-Ya sini agak terbuka jadi bila makan makanan berstim tu takdelah rasa kepanasan sangat macam di Alamanda dan 1Mont Kiara.

Lepas makan nak jalan2 tapi Aqlan buat perangai. Ke Segi jelah terus beli barang dapur. Dalam Da:Men ada je Jaya Grocer tapi harganya pun sangat tidak berjaya menarik hati. Haha.

Kemudian ada hati nak ke taman lagi tapi Aqlan dah lena pulak. Balik rumah jelah...

Nak ambil gambar banyak2 dalam Da:Men tapi hp habis bateri. Tipu betul bila caj terus 51%. Sebenarnya bateri hp mungkin minta nyawa baru. Kikikiki...dah 3 tahun aku pakai masih takde calar ye..baik2 pakai walaupun dah berapa kali terhempas. Tapi sebab cover baik punya yang ada cuma kemek kat hujung. Wawawawawa.








Related Articles

2 comments:

  1. shopping mall baru ye..nmpk kosong lg..
    kalau anak tido, plan semua cancel kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru tak baru dah hampir setahun kot..Shopping mall banyak sangat tak terpergi orang.

      Delete

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.

Comments

Weekly Popular

loading...