Khamis, 27 Oktober 2016

,

Nak Mewarna Kuku Tapi Takde Ilmu, Sudahnya Semua Kelihatan Comot

Ni sejak beli pewarna kukulah.. tapi jarang2 je pakai. Bila pakai tu selalu comot2 pada jari2 tepi kuku. Lepas tu mulalah nak kena cuci sikit supaya elok. Dah cuci eh terpadam sekali atas kuku. Akhirnya selalu ada satu kuku yang free dari pewarna. Haha.

Sejak pakai yang kopek2 ni kena pakai tebal2 sikit supaya senang nak kopek. Nak pakai hari2 takdelah susah pulak nak solat nak kena kopek. Aku ni surirumah bukanlah kerja aku nak mengopek pastu pakai balik 24 jam.😂😂😂

Kalau waktu period nak pakai pun takdelah sampai 1 hari. Tetap syok kopek2 masa mandi. Lebih mudah. Lagipun bila nak sediakan masakan tu tak seronok pun tengok kuku bewarna..satu hal sambil2 cuci pinggan mangkuk kalau lama2...pewarna tu tanggal juga. Hahaha.

Baru2 ni belilah satu coating untuk menghalang kecomotan waktu mewarna kuku. Coating ni akan mengering dan boleh tarik dengan tweezer macam tu je..


Untuk lebih mudah, bawah ni gambar2 dari web Althea menunjukkan cara2 penggunaan.



Jadi aku pun cubalah buat...

Memang mula2 putih lepas tu tukar warna jadi clear

Angan2 nak buat french tip

Elok je aku nak kopek yang kaler putih tu...dengan pewarna kuku tertanggal sekali. Sebab apa? Sebab pewarna tu pun peel off jugak. So sebenarnya kalau nak pakai pewarna mesti yang biasa tu. Hahaha. Lepas tu aku dah malas nak pakai..saja try test. Ni pun kena tunggu Aqlan tidur baru boleh buat. Kalau tak... jangan harap.

2 ulasan:

  1. sekarang yg buat corak rimau pun ada hanya dgn pwarna kuku...Hsna tak reti sgt bab2 pewarna kuku sbb tak penah cuba pun...hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada yang sticker je. Lagi senang. Peel off dari kertas sticker lepas tu tampal atas kuku. Macam2..suami suka french tip jadi sebab tu kita belajarlah..

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.