Kemudian pergi beli keperluan anak kat Manjaku.
Elok budak tu tidur kami ambil jalan tanpa tol ke Putrajaya sebab rasa nak jalan2 ke taman. Banyaknya taman2 rekreasi kat sini. Kali ni kami lalu Taman Diplomatik pulak.
Dah siap solat Asar di Precint 16, aku call kawan lama yang duduk di Precint 15. Dah lama teringin nak jumpa dia. Tapi sebab style aku suka pakai terjah je jadi kalau dia ada aku datang..erm elok ada pulak dia kat rumah.
Mula2 ingat nak borak sejam je. Pastu dah menjangkit sampai jam 6.49. Haha. Punyalah lama..semua benda cerita nak update..nasibla laki memahami aku nak borak lebih. Sampai tak ke taman dah...katanya esok masih ada. Gitewwwww.
Meet Filza, kawan satu kolej dan fakulti semasa di UKM. Masa kami belajar banyak benda2 gila juga kami pernah buat. Contohnya menari lagu Aselehe dalam bilik. Haha. |
Bukan main lebar badan aku berbanding dia yang dah beranak 3. |
Dia ni laki bini satu fakulti. Bercinta sejak zaman universiti. Panjang jodoh diorang ni. Bila ingat balik camna diorang start bercinta aku pulak nak gelak. Laki dia tu si Fazli buat praktikal sekali dengan aku di KTMB.
Nak cerita panjang pasal kawan yang pernah tidur sebantal sekatil sebab terlena lepas kuliah dan majlis dinner fakulti malas pulak. Ko bayangkan betapa kurusnya boleh tidur 2 orang sekatil atas katil bujang. Nangis aku bila kenang diri dah naik sampai 30kg.
Balik kami solat di Masjid Besi. Kemudian makan sate di Taman Warisan. Kemudian si Aqlan dah mula buat perangai. Jadi balik rumah dan beli ayam nak buat nasi tomato esok..
bestnya jupe kwn lama kan
BalasPadamBest..tak perlu hari2. Sebab sekali jumpa borak 2 jam. Hehe.
Padam