Rizalman Ibrahim Jual Baju Kahwin RTW Pada Harga Tak Disangka2
Hari ni scroll IG dan nampak ni. Nak pengsan. RM1080 je..? Bila baca komen2 ramai yang rasa nak kahwin sekali lagi. Mungkin masa kahwin dulu baju kahwin tak glam macam style Rizalman. Malah ada yang nak buat post Wedding. Ahhhh macam ni aku pun nak buat. Gila kentang murah..murah sebab...
Baju nikah dan resepsi aku pun lebih banyak belanja untuk dapatkannya mengikut kehendak laki. Rizalman...kenapa 4 tahun lepas takde buat RTW? Sekarang kalau beli ada ke saiz yang sesuai? Itupun antara soalan2 dari komen juga. Yelah tengok modelnya pun semua kurus tinggi. Kita yang body ala2 hour glass ni camna pulak...gitewww.
Hari ni juga aku baru baca pasal interview majalah Intrend dengan Rizalman. Pada hujung2nya aku menangis. Ya aku menangis. Kalau korang nak menangis sekali...bacalah aku bagi link..huahuahua.
http://intrend.com.my/personaliti/temu-bual-eksklusif/rizalman-ibrahim-fashion-designer
Ni pun link ni laki yamg bagi. Well aku sangat meminati karya Rizalman. Berapa kali jugak ajak laki ke kedainya tapi tak pergi2. Walaupun mungkin mampu tengok2 sahaja. Mungkin nak beli lilin atau beli tray aje...haha. malah kalau mampu nak je hire Rizalman buat interior untuk rumah. Berangan kena ada. Tak mampu buat terus, aku lukiskan imaginasi aku atas kertas. Kita tak tahu apa yang datang kemudian.
Satu perkara yang menarik pasal peribadi Rizalman ni dia suka bersedekah. Jadi aku pasti sebab tu rezeki dia murah. Jomlah ramai2 sedekah. Sikit pun takpe asal ikhlas. Diam2 lepas sedekah jangan mengungkit sebab Allah tak suka. Hal ni ada dalam surah Al-Baqarah.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.