Saturday, October 22, 2016

Jalan2 Di Taman Tasik Hilir Ampang Sambil Tengok Kawanan Kuda

Syok pulak pergi jalan2 ke taman rekreasi. Sebelum tu pergi balik kedai2 area Me'nate sebab kasut Aqlan hilang sebelah jadi laki rasa jatuh kat situ. Sambil dia cari2 memang ada yang bagitahu kasut tu mula2 ada pastu dah tak ada....

Kami ke taman ni sebab tu paling dekat dengan jam dah tunjuk pukul 6. Kalau ikut hatiku nak pergi Lake Garden.

Kami pun jalan patah balik 2x. Tapi ke lengkung yang pendek sebelah kiri je. Sebab yang sebelah kanan ada playground. Tak larat wei kalau nak kejar Aqlan. Tengah2 pusing kali kedua...ada trak bawa kuda sampai. Aku pun pelik. Panggillah Aqlan dan abah dia tengok sebab diorang dah ke depan.

Rupanya diorang turunkan 6 ekor kuda dan dibawa ke belakang tent orang kahwin. Aku pun tak tahulah ke mana kuda2 tu nak dibawa. Tapi tengok Aqlan dapat lihat kuda equestrian oklah depan2 mata tu.






Kenapalah satu gambar kuda pun aku tak ambik....wawawawa..


Previous Post
Next Post

About Author

2 comments:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.