Jumaat, 21 Oktober 2016

,

Happy Birthday To My Husband, Thank You Sebab Belanja Makan

Hari ni birthday encik Zcat. Sambutan awal beliau ialah di ofis. Siap post picture kek kat kita. Ala kita tak buat kek untuk dia. Mood kita ke laut sejak Rabu.


Lepas isyak baru kami bertiga keluar makan untuk sambut birthday dia.. kami ke Me'nate Ampang Jaya.

Kalau ikutkan baru beberapa hari lepas aku masak steak kat rumah. Nampak sangat hantu steak. Nak makan lagi hari ni.

Aku pilih beef jenis grass feed je. Takdelah nak makan Wagyu ke. Itupun kepingan terakhir. Sebab yang jenis grass feed pun paling murah...yang lain2 tu korang carilah kat internet sendiri apasal mahal. Especially si Wagyu tu. Aku pernah tengok dokumentari pasal tu...haaa jangan kau ingat aku tak tau...nasib laki bini suka layan dokumentari.

Kami dua orang makan steak. Time laki pilih dah habis grass feed jadi dia kenalah ambik yang special feed punya. Maaflah, anak saya belum boleh makan steak. Dia makan beef sosej je. Sosej kat sini pun rasa dia sedap sangat...

Air aku minum roselle dan coffee cappuccino. Pergh sedap gila. Kalau tak sebab miss P aku minum lagi banyak kot. Sabar...lain kali datang kita beli kopi dia yang dah berbungkus2 tu. Stok kopi kat rumah for now macam untuk 4-5 bulan.

Sebagai dessert aku nak makan Strawberry Pana Cota. Sayangnya tak dapat nak wiggle dia sebab dalam cup. Kalau aku tengok MKR diorang keluarkan dan buat atas pinggan. Laki suruh keluarkan tapi on top of that ada buah ceri pulak. So sayangla..








Selepas makan.....komen aku..
Me'nate ni Steak dia juicy. Bila amik medium pun dah juicy so kalau medium rare lagila...

Dah pergi bayar, tiba2 laki cakap tunggu sekejap. Pihak Me'nate bagi dia hadiah mug dan sepotong kek untuk dibawa balik. Thank you Me'nate. Amboiii...jangan salah faham yang bayar tu tetap laki aku walaupun ni birthday dia. Kikiki.. itulah untung jadi surirumah. Hihi.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.