Khamis, 30 Mac 2017

Sukalah Orang Tu....

Tiba2 dengar bunyi yeay je? Setelah cek peti surat. Aku fikir...

Cek pulangan balik LHDN?
Menang hadiah apa2? Salah satu harapan ialah tabungan SSPN Aqlan..hadiah utama Kereta OK!

Jawapnya....

Mara bagi diskaun 75% untuk pinjaman pelajaran dia..laki aku ni tak habis bayar lagi...kau percaya tak berapa ramai lagi kat luar sana yang belum habis bayar hutang belajar? Aku selalu bising sebab hutang ni berat dalam kubur esok...kita ni hidup tah bila berakhir. Jadi cubalah untuk selesaikan apa yang terhutang semasa masih bernyawa...alamak hutang paling payah nak minta ampun dengan orang yang diumpati...kan...ko boleh cakap minya ampun maaf zahir batin.. tapi hal sebenar ko umpat hingga nama kawan tu busuk di mata sesetengah orang camna? Sebab tu dosa fitnah lagi besar...jadi sebelum dok tweet ke  bebel kat FB ke IG ke blog ke baik cek balik sebelum publish..dok mengata orang tu cuba rasa kalau makan daging mentah...camtulah busuknya..

Okay..laki dah terlebih bayar hutang belajar...jadi ada harapan untuk dapat balik tak agaknya? Kalau dapat terus dalam kepala macam2 nak....eh aku sibuk juga ya...nak menumpang laki punya faedah..

Aku harap laki tukar lampu depan kereta. Dah azab tengok dia...kesiann....kejap on kejap off..siap retak bila hujan air masuk melaluinya dan membuatkan cover lampu berkabus...sedihhh kereta nak habis bayar dah bulan 5 ni...

Lepas tu aku harap laki beli tilam baru..tilam kami saiz king. Beli sejak kawin..lama dah...dah tenggelam tak sedap dahhhhhh... tapi bahagian yang tenggelam tu anak aku suka tidur situ...samalah aku jugakkk..

Tengok aku minta semua untuk keperluan sekeluarga.

Tiba2 laki cakap..I nak settlekan hutang kad kredit. Okay....nasib aku takde kad kredit. Eh banyak sangat ke hutang kad kredit dia? Sebenarnya takpun. Siap pihak bank naikkan jumlah had kredit sebab dia tak pernah tak bayar.. aku rasa bank ni kan sengaja.. nasib baik laki dapat bini macam aku tak gila shopping. Beli bila ada duit je..bukan beli bila perlu. Hahaha. Sebab barang mekap bukan keperluan tapi aku nak..camno..kekekeke.

Ok dahla...kena baring lagi atas tilam tenggelam tu. Hihi.


 Dah lama tak mekap sebab kadar kemalasan makin tinggi..ni bukan gambar terbaru..ni gambar bulan dua kot.

8 ulasan:

  1. oh kalau bayar lebih dia return eh? igtkan the discount tu effective tuk yg belum abis bayar je... alhamdulillah rejeki! cete bab soping.. 2 reason suami kita suruh stay keje.. 1. maintain tlg family kita. 2. beli apa yg kita nak. yg lain2, alhamdulillah boleh harap kat suami. happy weekend anis!

    BalasPadam
    Balasan
    1. tataulah dapat ke tak....kita masa terlebih bayar kat PTPTN diorang pulangkan walaupun 12 sen!

      betul bila kerja pegang duit sendiri boleh beli apa nak, belanja family...tapi sejak ada anak rasa tak terurus, anak selalu selsema demam kat rumah pengasuh campur gaul budak2 sakit yang lain, macam2 hal kita tak boleh hadap dahh...baik berhenti kerja je.

      Padam
  2. kita kalau ada anak sok(ameen) mgkin jg akan benti... umur kita pun dah berapa ye dok?? hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyaallah suatu hari nanti awak akan dapat zuriat jugak.. tak kiralah masa umur 39 ke 40 ke..

      Padam
  3. Hidup kita mesti tenang tanpa hutang...InsyaAllah hubby Anis tahu apa yg terbaik... tilam tenggelam memang best! :-D

    BalasPadam
  4. hutang kalau x dibayar, tergantung roh. menakutkan... sebaiknya elakkan lah berhutang. x dapat elak, cepat2 lah langsaikan hutang kan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hutang kalau takde riba dan faedah memang cepat je habis dibayarkan.. tapi yang paling sakit kawan hutang tak reti2 nak bayar. Bukan kita kenakan faedah ke apa..kita nak duit balik je punn..

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.