In Fashion

31 March 2017

Wrap untuk 3 bulan pertama tahun ni..highlights apanya kalau dah hari2 pun citer kat blog. Haha.

Ok setiap malam Sabtu keluar jalan2 tengok lampu. Kalau takde hujan lebat atau ada hal mustahak. Jalan2 ni tak wajib tapi kalau sepanjang Isnin Jumaat duduk rumah je.,  mahu lemau.

Aiskrim. Dah jadi habit juga makan aiskrim satu tub. Selalu beli Wall's selection. Mestilah coklat atau pun ada Hershey's tu lagi baik. Hehe. Aiskrim ni setiap bulan juga makan satu tub. Erk erk..suka makan aiskrim lepas makan malam. Layan makan dengan Aqlan dan laki. Memang syok. Kadang laki takde, kami berdua habiskan..

Buat baju. Oh seronoknya menjahit. Paling seronok bila dapat gunting dengan betul dan jahitan kemas. Bila laki dan anak pakai memang happy...dan bila dia gembira dia akan usap2 baju tu masa dipakai dan cakap happy happy dengan muka penuh happy...ahahaha butterflies in my belly!

Laksa masih belum move on. Juga nak cari cendol sedap tu kat Kuala Kangsar. Berapa kali dah pergi kedainya tutup..

Buat inti karipap sedap dan fikir nak buat banyak2 karipap dan samosa lagi kemudian frozen kan. Bila nak makan boleh goreng sikit2. Dah jimat.

Buat kek buah. Pertama kali ok. Kali kedua gagal. Kali ketiga ni nak buat bila tah...bahan semua dah ada.

Rasanya paling susah jahit seluar untuk diri sendiri. Selalu tak kena tang crotch tu. Kalau untuk anak senangla..dia badan leper. Hihi.

Berbelah bagi nak beli produk untuk kulit muka buatan tempatan ke Korea. Ahahaha..aku dan barang Korea sangat ngam! Tapi aku juga nak menyokong barang tempatan. Especially produk tanpa testimoni berbayar. Berapa ramai yang tertipu dan placebo je sebenarnya....

Menahan diri dari beli online. Berjaya untuk 3 bulan ni. Yahooo.. semua tumpang kat akaun laki. Jadi ya duit sendiri jimat..kekeke.. apa nak buat..surirumah kan. Tapi kita pun takdelah minta pelik2...kita minta belikan Milo, potty train anak, panties dan bengkung.

Tapi hakikat suka tengok barang skincare secara online memang tak dapat dinafikan. Tengok barang mekap juga.. produk natural handmade..adoiii...basikal pun tengok..

Sabarlah.


Beg ni beli besar sangat..rasa nak jual tak pernah pakai langsung. Agak2 ada tak sesiapa nak beli..semua benda boleh sumbat.. brand Guess.

Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In Wishlist

Sukalah Orang Tu....

Tiba2 dengar bunyi yeay je? Setelah cek peti surat. Aku fikir...

Cek pulangan balik LHDN?
Menang hadiah apa2? Salah satu harapan ialah tabungan SSPN Aqlan..hadiah utama Kereta OK!

Jawapnya....

Mara bagi diskaun 75% untuk pinjaman pelajaran dia..laki aku ni tak habis bayar lagi...kau percaya tak berapa ramai lagi kat luar sana yang belum habis bayar hutang belajar? Aku selalu bising sebab hutang ni berat dalam kubur esok...kita ni hidup tah bila berakhir. Jadi cubalah untuk selesaikan apa yang terhutang semasa masih bernyawa...alamak hutang paling payah nak minta ampun dengan orang yang diumpati...kan...ko boleh cakap minya ampun maaf zahir batin.. tapi hal sebenar ko umpat hingga nama kawan tu busuk di mata sesetengah orang camna? Sebab tu dosa fitnah lagi besar...jadi sebelum dok tweet ke  bebel kat FB ke IG ke blog ke baik cek balik sebelum publish..dok mengata orang tu cuba rasa kalau makan daging mentah...camtulah busuknya..

Okay..laki dah terlebih bayar hutang belajar...jadi ada harapan untuk dapat balik tak agaknya? Kalau dapat terus dalam kepala macam2 nak....eh aku sibuk juga ya...nak menumpang laki punya faedah..

Aku harap laki tukar lampu depan kereta. Dah azab tengok dia...kesiann....kejap on kejap off..siap retak bila hujan air masuk melaluinya dan membuatkan cover lampu berkabus...sedihhh kereta nak habis bayar dah bulan 5 ni...

Lepas tu aku harap laki beli tilam baru..tilam kami saiz king. Beli sejak kawin..lama dah...dah tenggelam tak sedap dahhhhhh... tapi bahagian yang tenggelam tu anak aku suka tidur situ...samalah aku jugakkk..

Tengok aku minta semua untuk keperluan sekeluarga.

Tiba2 laki cakap..I nak settlekan hutang kad kredit. Okay....nasib aku takde kad kredit. Eh banyak sangat ke hutang kad kredit dia? Sebenarnya takpun. Siap pihak bank naikkan jumlah had kredit sebab dia tak pernah tak bayar.. aku rasa bank ni kan sengaja.. nasib baik laki dapat bini macam aku tak gila shopping. Beli bila ada duit je..bukan beli bila perlu. Hahaha. Sebab barang mekap bukan keperluan tapi aku nak..camno..kekekeke.

Ok dahla...kena baring lagi atas tilam tenggelam tu. Hihi.


 Dah lama tak mekap sebab kadar kemalasan makin tinggi..ni bukan gambar terbaru..ni gambar bulan dua kot.

Read More

Share Tweet Pin It +1

8 Comments

In Hobby

Menetas Baju Memang Tak Seronok

Dah salah jahit nak kena tetas semuanya....kenalah tetas diam2 penuh kesabaran. Kemudian nak menjahit balik kena ada nafsu. Sebab minggu ni semua macam tak kena. Pening. Jerawat tumbuh kat mukalah..kepala lah..kat leher lah...

Ni baju Aqlan elok je dah siap..baju abahnya yang nak kena alter. Waaaa..


Ok milo 2kg dah sampai. Tengok sampai bila boleh habis.


Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In Aqlan Shah

Asuh Anak Tutup Aurat

Nak mengasuh anak tutup aurat sejak kecil walaupun anak tu lelaki. Masa baby memangla tak berdosa pun budak tu nak pakai seluar pendek ke. Belum mumayyiz. Belum diwajibkan untuk menutup dan menjaga aurat.

Aqlan sejak naik umur ni satu yang ketara dia tanak pakai seluar pendek dah. Kecuali kalau dah terpaksa. Macam kes nak kena tukar seluar dia tapi apa yang ada beg hanya seluar pendek jadi dia terima jelah. Buatnya pakaikan semasa lepas mandi..aku toleh kejap je seluar tu dah ditanggalkan dan dia pun pergi ke almari cari seluar panjang. Seluar slack ke jeans ke pijama ke sweat pants ke takpa asal bukan pendek.

Jadi bila lihat ni aku pun tersedar juga..betapa aku kadang hanya menutup aurat bukan menjaganya...

Dan paling sedih dan membingungkan beberapa lama jugakla aku ambik masa tenangkan diri bila tahu aku wajib tutup aurat depan pak mertua memandangkan dia tu bapak tiri laki aku je...uish dah 4 tahun lebih aku buka aurat depan dia..takdak sapa tegur aku..aku yang terasa sesuatu dan patut cari jawapan.

La ni kalau mertua datang kenalah pakai tudung dalam rumah..mulalah unsur2 malas nak duduk tingkat bawah dan bergaul mesra..

Biasalah nak tutup aurat ni banyak je godaan dan bisikan syaitan...

Meh meh nak kipaskan kamu

Kalau dapat anak perempuan ni lagi berat aku nak kena asuh dia jaga dan tutup aurat.

Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In Masak Sendiri

Puding Roti Jelah... Dari Roti Tu Terbuang

Siapa selalu tak habis makan roti sebungkus? Roti Gardenia la..panjang ke pendek ke sama je selalu tak habis. Bila dah habis beli besar. Dah besar tak habis2 pulak. Bosan juga asyik buat roti celup telur atau makan dengan telur hancur...

Hari ni google resipi paling mudah. Apa ada kat rumah kaedahnya..



Aku buat roti ada 7 keping. 3 lapisan potong 9. Okaylah. Laki cakap sedap tapi lagi sedap kalau ada kuah kastard. Well susu cair pun dah habis...inilah kuih dari bahan apa yang ada...kukus 25 minit je..dah suam2 masukkan dalam peti ais. Makan sejuk2 memang sedap...

Read More

Share Tweet Pin It +1

6 Comments

In Fashion

Tanpa Celak Eyebrows, Rasa Macam Togel Bila Bermekap

Kening aku nipis je...takyah nak pantis pun. Memang bila nak melukis tu amik masa. Salah padam balik. Tak ke buang masa?

Tapi aku suka lukis...cuma tengok masa yang ada juga. Kalau dah kelam kabut memang tak pakai. Selalu bedak dan gincu je.

So walaupun aku dah beli Kylie tapi aku rasa tak best. Ke sebab aku rasa tak best? Atau sebenarnya aku beli yang palsu? Entahlah. Aku bayangkan dia lembut dan senang nak gunakan tapi macam keras.

Jadi hari ni keluar beli eyebrow The Face Shop la..pulak ada diskaun pertama 5% dan kedua 50%. Adoiiii pantang kan. Jimat sudah beli 2 batang...lalala..

Mulakan hari ni dengan... Bismillah.

All time favourite Egg Ben

Ice cream dan roti



Nak pakai terus eyebrow lepas beli macam malas pulak..balik rumah ngantuk gila....

Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In Aqlan Shah

Beli Pakaian

Aqlan sejak pandai pilih baju atau seluar apa nak pakai ni, aku pun kena hati2 beli baju..aku tak jahit baju t atau seluar slack ke jeans ya. Yang tu kena beli jugak..gigih jahit kemeja je. Hehe.

Kami take turn jaga anak di Kidzoona tempat main budak2. Lepas laki aku settle solat baru aku pulak pergi. Tapi dah tentulah laki aku paling lama jaga anak sebab aku pergi shopping pakaian anak... hahaha..dah lama tak shopping lama2..tapi aku beri diri ni satu jam je...eh eh cukup ke. Wei kalau dah plan memang boleh je. So aku masuk AEON saja.




Aku pilih J-Baby atau J-Kids je. Tengok sekarang fashion dia lebih menarik. Dah rasa macam H&M pulak. Harga pun murah.

Dah nak bayar tu ada ditawarkan pulak untuk ambil Mommy's Card. Wah wah...another 5% diskaun la. Syok. Free je.

Kemudian aku pun nak beli sesuatu untuk diri sendirila...aku beli seluar je..sebab seluar susah nak jahit..sangat complicated tang crotch tu. Dah jumpa yang sedap, Top Value dari Jepun aku pun fikir tak lama. Terus pergi cuba dan selesa..bayar aja. Adalah menguntungkan masa ya.

Hurmmmm sekali sekala membeli belah memang syok. Tapiiii memang syok beli pakaian budak...hahaha semua comelllll.. dah takyah keluar beli baju raya dahhh yeay.


Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In Makan Luar Online Shopping

Malam Sabtu Jalan2 Tengok Cahaya Lampu

Hampir setiap minggu juga malam Sabtu je kami keluar. Laki kesian tengok anak bini duduk rumah sepanjang minggu. Hehe.

Lepas Isyak biasanya baru kami keluar. Tapi hari ni dah jam nak ke angka 12 malam baru nak keluar. Sebabnya laki nak rebut beli barang online kat Lazada. Last minit la...aku pun sempat suruh beli Milo 2kg dan potty train untuk Aqlan.


So terus menuju KFC la..belikan nugget untuk Aqlan. Selalu beli 6 tak cukup, jadi beli 9 la. Sedap pulak mak pak menumpang sekali. Haha.

Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In Aqlan Shah

Meet & Greet Flash From ZooMoo At Sunway Pyramid

Aqlan hari2 tengok ZooMoo. Suka betul dia..banyak yang dapat dia pelajari dari rancangan ini. Aku pun kadang2 kena lah juga layan tengok. Sudahnya dengan aku sekali hafal lagu2 kartun yang ditayangkan. πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„

Kami ke Sunway ni semata2 nak jumpa Flash. Sebab Aqlan suka dengan watak Flash. Pergi mengembara, naik kapal terbang atau submarine. Atau muncul dicelah2 pokok. Hehe. Kalau Flash ada binoculars, Aqlan pun ada juga. Jadi bolehlah mereka teropong sesama sendiri. Hehe.

Kami sampai awal..Jam 11.20 dah masuk tol Sunway..fuiyoo dah nak penuh parking basement. Sampai kena pergi B3 la. Kemudian aku dengan tudung tak siap ke ladies dulu. Laki dan anak terus ke tempat acara berhadapan dengan Guardian.

Nasib mereka baik sempat bergambar dengan Flash. Walaupun Aqlan takut2 tapi akhirnya dapat juga gambar dirakam. Lepas ambil gambar, pos di IG dan dapatlah goodie bag.




Aku datang je Flash pun dah pergi mengembara. Oklah teruskan dengan aktiviti building blocks.









Lepas tu Seth keluar dan ajak menari ramai2..Aqlan ni pemalu dia tanak menari. Padahal kat rumah kemain ko..lagilah kalau keluar deejay monkey tu.










Takpelah kami goyang2 je sambil Aqlan tanak lepaskan excavator yang dibuat dari blocks. Cool.

Kami boleh je ke Parenthood dan tunjukkan brochure untuk dapatkan sesuatu di sana. Tapi selepas habis menari dan bergambar, kami kelaparan nak makan. Aqlan pulak nampak pameran Hot Wheels. Dia punya meratib nak sampai aku terpaksa dokong bawak lari pergu food court.

Lepas makan nasi ayam dia pun dah layu..bangun awal macam tu lah..ermmm baik kami balik jelahhh...sebab dia pun dah siap duduk terbaring tepi pagar food court. Sabar jelahhh..

Apa dalam goodie bag tak sempat balik ruman dah selongkar

Balik rumah kita sambung tidurla..cuaca panas hari ni...

Elok jam 6 hujan lebat.

So pada yang nak bawak anak2 tu bolehlah ke Sunway Pyramid ya..oh ya tang animal belon tu kami tak beratur sebab dah tak larat...πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…..jangan lupa #zoomooasia

Sumber Facebook ZooMoo Asia

Read More

Share Tweet Pin It +1

4 Comments

In Blogger

Lazada Birthday Blogger Contest




OMG! Tahun lepas tak ingat berapa kali aku beli thru Lazada. Punyalah malas dah nak ke kedai atau shopping mall untuk dapatkan barang2 keperluan..Jadi menjawab persoalan dari Lazada mengikut pengalaman aku.....;

a. What  do you love about Lazada Malaysia?

- easy to access, via mobile or PC
- got almost everything I want from Lazada
- fast delivery...really I  HEARTπŸ’— this!
- so many thing to choose and compare! just click and pay! no fuss!


b. Top three Product picks from Lazada Malaysia (your three favorite products)

1- I pick Braun Epilator. As the top brand for epilator, why not choose the right one even the price is so high (for me, sighπŸ˜“)..tapi sekarang anda boleh buat bayaran secara ansuran selama 6 bulan. Yeay!



2- Philips Air Fryer lah..semua orang nak makan sihat...aku pun nak join jugak..abis ko je nak sihat? Minyak masak pun dah naik harga, tu dah hint la tu...Warnanya dahla baru limited edition! phew!!


3- Suka pulak aku sekarang ni tengok orang bawa kereta dan shoot video dari kamera depan kereta, boleh rakam macam2...jadi bahan bukti pun best...harga dengan spesifikasi pun dah cantekkkkkk.



c. How do you think Lazada Malaysia can improve?

- Please Lazada, make it more specific on item. Kadang2 type benda kita mahu tapi macam2 keluar, ok mungkin aku malas nak type, tapi takpe Lazada, I tetap cari sampai dapat..maklumla I suka skrol atas bawah berkali2...kalau tak, takdelah I beli berkali2 dengan you, Lazada...Oh I πŸ’ u!

d. What is your birthday wish to Lazada?

Happy 5th AWESOME Birthday Lazada! (My son also celebrate his birthday on this month!) And I wish you will STAY STRONG among other competitors. Give MORE DISCOUNT! Yeay!!!



Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In Hobby

Buat Kemeja Lagi

Dah macam syok pulak jahit kemeja ni. Kalau ikut nombor ni baru nombor 4. So lama2 nanti mahirla jahit. Berdoa selalu supaya minat ini tidak mendatangkan khilaf di masa depan.


Mak mertua tempah jahit jubah. Dia bagi contoh baju tu berbutang, dia nak berzip. Maka sungguh2la tengok youtube belajar dari situ..cikgu jugak youtube ni.


Masa ke Karysma tempohari terdengar perbualan pertanyaan dari seorang pelanggan pasal kelas menjahit. RM100 untuk satu kelas jahit baju kurung sampai pandaila selama satu hari tu ya.. kelas Sabtu dan Ahad start jam 9.30pagi..kot ada yang berminat.

Kalau aku ada minat aku nak pergi kelas kat Sewing World di One City tu. RM200 untuk 6 kelas belajar jahitan berlainan. Kan ke murah...aku sebenarnya nak belajar jahit sarung kusyen sofa. Ingat nak cari kain di Spotlight.

Pasal kain2 cun ni mana lagi patut pergi ya...anak aku pun dah pandai nak pakai seluar ada gambar kereta je...habis kalau tak basuh lagi pening la layan dia nak pakai apa..dah pandai memilih... so aku ingat nak beli kain prints corak kereta ke..bola ke..yang sesuai dengan budak lelaki... abahnya pun boleh tahan dah dengar plan aku dia pun nak tumpang baju sama sekaki.. haishhh..ah marilah kita buat baju sama 3 orang. Hashtag bajuanakberanak. Ko rasa aku buat bisnes baju macam ni sesuai? πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ

Read More

Share Tweet Pin It +1

4 Comments

In Wishlist

Dalam Kepala Banyak Angan Nak Jahit Mengikut Idea Orang Lain

Bulan lepas 5 buku cerita habis baca. Bulan ni takde. Sebab bulan ni nak menjahit aja. Eh takde dateline pun tapi cam ketagih potong kain.

Disebabkan kadang2 idea datang aku ada sediakan satu buku yang mana terlintas aku lukis draft. Ada juga suka2 follow IG penjual baju dan tailor tengok style jahitan diorang. Kalau aku boleh terjemahkan dalam bentuk potongan kain yang betul memang syokla..kalau tak aku fikir yang mudah2 je. Pakaian ni cantik satu sebab cara dipotong. Selain dari jahitan la...ira kain kena ikut memang jatuh cantik...pasal bab kain licin aku memang tak retilah...salah potong nampak tergantung takpun kejung jahitan terus buruk.. ha laa aku pergi tengok orang apa pakaian diorang pakai cantik terletak ke tak..haha..adoii mataaaaa...

Satu jawapan best dari Chef Wan...


Kat rumah ada kain tear drop jugakkk...tengoklah IG Chef Wan, baju dia cantik2 weiii..no wonder tailor dia siapa pulak kan...LORD's Tailor.

Ini baju kat Poplook. Kain broked pun ada jugak..siap dah beli lining ok.

Thai silk buat seluar macam ni lawa. Tapi takdelah nak pakai dengan crop top cam aktres Hollywood ni.

Baju loose besar ni dipakai kawan Nikki Palikat. Lawa jugakkk..inspired sangat.. baju ni sesuai pakai waktu nak keluar tanpa plan..haha. takyah iron beria2.

Read More

Share Tweet Pin It +1

4 Comments

In Fashion

Potong Rambut

Aku ni ikut sejarah 3 tahun sekali baru potong. Lepas 3 tahun barulah rambut panjang melebihi bahu...

Tapi alhamdulillah la sekarang setahun pun dah panjang...tapi aku memang tak tahan bela rambut panjang..baik aku potong je..dah musim panas aku kerja nak cuci rambut je. Nak tunggu kering rambut tu memang lama. Takdelah rasa serabut juga bila rambut gugur masa menyikat.

Aku ke Az-Zahra Saloon di Seri Kembangan tu je. Bangunan sebelah Giant..last pergi tahun lepas lain tempat..rupanya baru relocate sebulan lepas.. nasibla takde orang terus boleh potong rambut..kena.RM15 jee..

Potong gaya pixie. Tapi kat bawah ni bukan muka aku..cuma aku rasa potongan camni comel. Hahaha.

Kalau google pixie cut keluarlah muka dia...

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In Aqlan Shah Zcat San

Double Shah








Senang kalau hilang dalam kenduriπŸ˜…πŸ˜„πŸ‘¦πŸ‘¨

Read More

Share Tweet Pin It +1

4 Comments

Comments

Weekly Popular

loading...