Isnin, 6 Jun 2011

Restoran Alissara, Puchong

lihat kegembiraan wajah orang yang makan di sini..mesti gembira dapat masuk muka dalam blog yg suka citer pasal makan ni..hehe

restoran masakan thai di Puchong. kali pertama aku mencuba 'mengkam'. betul ke eja ni? tapi sebutan macam tu.

Mengkam ni ada resipi rahsia kuah sos dia.. malangnya walau telah diberitahu pemilik restoran, kami masih lupa...maksudnya jangan nak curi resipi dia..hehe takdelah..pemiliknya amatla ramah datang berborak kat meja kitorang bila mana Mengkam sampai di meja. sebabnya pada masa tu, kami je yang makan Mengkam.







ok chomel kan rupa aku ketika makan mengkam..haha
lepas makan Mengkam aku try makan nasi goreng alissara. kira ni hidangan istimewa kat restoran inila...

bagi yg kurang makan pedas, jangan makan sendiri..makan kat pinggan orang lain. sebab ini super pedas. tapi takdela boleh nangis macam makan spaghetti goreng Mimy. ada serai dalam nasi ni. best..


ayam pandan bukan ayam pondan

sedap. rasa penuh ayam tanpa tulang





alamatnya;
RESTORAN ALISARA (Thai Cuisine)
23 Jalan Indah 3/2.
Taman Puchong Indah
03-80624205.

15 ulasan:

  1. Hello Eri-Chan, thats a very nice restaurant. And I like the dishes you had. Looks real good too.
    That ayam tanpa tulang looks delicious!
    You have a great week, and keep a song in your heart.
    Lee.

    BalasPadam
  2. mengkam?daun sireh ke tu???apa rase dia?takble imagine :)

    BalasPadam
  3. i like the ayam pandan..nyum10x

    mengkam tu mcm sirih jerr :D

    BalasPadam
  4. mengkam tue daun kadok ke nok??? kat taman punchong ke taman punchong indah nok????

    BalasPadam
  5. uncle Lee; tasty yes...happy song for me. hehe

    ratu-azmask-MDT; yer daun kaduk. rasanya takdela macam sireh tu..takdela gigi oren kalau makan..

    ida; aku bagi alamat dah..cer ko GPS ke bagai..aku ni kan ada penunggu kat Puchong..hehe

    BalasPadam
  6. mengkam ni cemana...aku tengok semacam je nak makan..ko ni semua bantai je..haishh

    BalasPadam
  7. benrauf, apa lagi..lapla mulut ko tu..hahahah

    mimy; sedap weh. aku pun memula semacam je tgk...last2 aku pulak yg asyik ingat..

    BalasPadam
  8. x ingat. tapi makcik yang buat mengkam tu pakai tudung siap melayan kitorang sebab kitorang je yg order mengkam time tu. tapi ras ini restoran Islam Thailand

    BalasPadam
  9. Tq. Kawan saya tadi bgtau restoran ni owner Melayu yang kahwin dengan Siam. Muslim.

    BalasPadam
  10. Salam kenal. Nie kedai favorite Na! ;p Selalu makan kat situ. Menu favorite, udang belacan n siakap stim limau terbaik dari ladang! Tomyam dia pon sedap!

    BalasPadam
  11. cik nana; ye ker? nanti nak pergi lagila....makanan siam i suka je cuba....tapi yg halal la...
    thanks for singgah..

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.