Ahad, 5 Jun 2011

Kari Kepala Ikan Restoran Seri TTDI, Shah Alam

ini adalah kunjungan kali kedua kami ke sini. kali pertama dulu sampai lambat, makanan pun dah nak abis. kali ni kami keluar awal. planning tuh nak makan punya pasal.

pagi2 dah bangun jemput zcat di Puchong. kemudian pergi Sg Besi cari pil Orang Kampung untuk gatal2 tapi tak jumpa. selepas pusing2 tengok Sg Besi kami ke Shah Alam la...nak makan..
Restoran ni berdekatan dengan Masjid Tentera Udara. dekat dengan kawasan kilang2. ramai sangat orang yang makan. sebab utama ini ialah restoran Melayu yang masak kari kepala ikan yang murah dan sedap pulak. harga pun murah2 je.. memang terkejut masa dapat bil. ok layan gambar dulu lepastu baru cerita harga.

kari kepala ikan merah
 
ulam raja ulam pegaga




lauk ni akan habis jam 1 ptg


gulai kawah

makan sampai tinggal tulang




aneka bubur RM2.50 semangkuk

bubur jagung + durian kegemaran zcat. dia sanggup tunggu bubur ni keluar lambat sikit.panas2 sedap dimakan

dah kenyang, mahu bayar..
Kepala Ikan Merah - RM25.00
Bubur - RM2.50
Air Minuman  2 gelas + nasi 2 pinggan dan ulam2 RM7.50
semua bayar RM35.00. ok aku belanjala kali ni...selalu makanan zcat yang bayar. sekali sekala kena jugak jangan asyik pentingkan duit sendiri..

Restoran Seri TTDI. 
Jalan Saujana Indah 4. 
Jalan Saujana Indah 3.
Shah Alam, Selangor.

5 ulasan:

  1. murah2 sebab tu aku citer. leh bawak keluarga makan. tapi ingat ya dtg sebelum jam 1 ptg..makanan konfem tinggal baki tak best je after that hour.

    BalasPadam
  2. kari tinggal tulang temulang pun ko makan kan...haish dak berdua ni

    BalasPadam
  3. mimy; nok..zcat yg makan sampai tulang, aku dah full time tu...

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.