Khamis, 5 Januari 2017

Penang

Dah berapa kali aku ke Penang ye..plan terbaru nak ke sana Sabtu atau Ahad ni. Kali ni sebab Zcat ada kerja di sana...memangla salah satu sebab aku selalu ke Penang atas sebab dia ada kerja di sana.. ada projek belum habis kontrak.

Aku dulu nak elakkan belajar matrik kat Penang masa isi borang matrikulasi bawah UKM. Lepas dah isi borang berdoa aku dapat matrik dekat Negeri Sembilan. Hahahahaha...apa yang aku dapat jauh benar rasanya. Belajar kat Kuala Terengganu dah jauh nak la dekat2..sekali Penang juga yang aku dapat tempat. Pening kepala nak pack barang tu tak sangat. Tapi nak sediakan diri tak boleh selalu balik jumpa mak bapak sebab jauhkan..tambang semua nak kena fikir.

Maka mulalah episod cari beli barang2 seperti yang di listkan dalam borang matrik. Antaranya yang aku masih ingatlahhh..

1. Quran tafsir - beli kat jalan tar tapi terjemahan bahasa Indonesia. Harga dalam RM30 kot.

2. Kasut sukan - beli cap Power by Bata je..

3. Kasut kuliah mesti bertutup.. beli kat Bata gak jenis loafers. Kaler coklat...

4. Kalkulator saintifik. Jenis Casio pun beli kat Jalan Tar.

Ah hampir semua benda penting beli area jalan tar dengan arwah bapak aku..masa beli ni antara excited dan risau bapak tak cukup duit. Maklumlah kami orang Felda je..dan bapak makan pencen Navy...berapa sangat. Ye kami bukan miskin gila tapi kami ramai..so still kena bajet dan makan dicatu tu dah biasaaaaa.

Aku pulak jadi yang pertama ke universiti jadi aku rasa nampak riak bangga pada muka bapak aku. Kot? Aku ni kan degil..apa nak semua aku akan dapatkan sebab bapak sebenarnya pernah cakap tak mampu nak hantar aku ke universiti. Takde harta nak jual macam ada sesetengah ahli keluarga sanggup bergolok gadai demi anak menyambung pengajian ke universiti. Paling tinggi boleh pinjam dengan saudara mara atau menantu yang berduit.

Eh dah lain macam cerita ke Penang aku ni...ah lantak...memori terimbau dengan arwah bapak aku banyak sangat. Di Penang lah permulaan aku bergaul dengan kawan berlainan jantina dan kali pertama berkelas campur dan duduk dekat2 pulak tu..nasibla budak2 laki ni ada yang faham dan selalu diorang ni duduk meja belakang2..ha la aku sekolah perempuan. Memang culture shock.

Nak cerita pasal Penang ni banyak sangat...aku pulak letih nak type hahaha..

BTW aku rindu burger kat Caltex tu..ada kacang kisar dan epal hijau. Pergh sedap gila...jalan kaki je dari Krystal Point, Bayan Baru. Kami student semua duduk apartmen di situ...pihak kolej yang aturkan..senang nak ke kelas di bangunan sebelah..

Oh Penang...you give me so much experience and i tak boleh nak cerita semualah kat sini... mungkin patut ada Penang series dalam entry blog aku. Hahaha...

Kad fastlane tu kena telan la lepas dah check out dari Penang Hill. Ambikla gambar siap2 sebelum berpisah...

6 ulasan:

  1. ohh junior kita setahun.. tp kita bkn kat penang.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Junior belajar maybe...junior umur mungkin tidakk..🎂

      Padam
  2. eh ye ke KAK?? hehhhe..dan2 teruih panggey kak..
    sorry la didnt called it proper... boleh taw cemana leh lari plak umur betul dgn umur stdy? hahahhaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh takyah panggil kak kak la bagai.. bajet sangat kak kak ni..hahahaha...cerita kemudian2 la...cam malas nak throwback.

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.