Ahad, 15 Ogos 2010

5th Ramadhan

oh hari ni nyaman ya...aku pun rajin sikitla nak kemas rumah, menyapu, mop semua..mak aku lak jadi mandur tlg tgk aku buat keje. aku soh masuk bilik time aku mop, mak aku ckp "kita tanak, kita nak tgk.."
mop ni aku beli kat Mydin. best sebab aku takyah perah guna tgn..aku ni penggeli..so just putar kat btg mop yg sepesel ni..
lepas tu kembangkan kain mop ni barulah boleh mop dgn bahagia..wangila bau hall rumah sewa aku ni..hehe..

aku pergi cuci mop kat dlm bilik air pun mak aku tgk..hehehe..pastu aku cuci kat area washing machine pun dia tgk siap tanya takde penyapu lidi ke..aish...dah siap semua dia kata, ko mmg dah lama tak mop ek?ke bila aku dtg baru kau mop? heheh..aku ckp ikut mood la..dtg mood rajin every week mop..malas kalu, aku sapu dgn magic clean Cosway je. guna tisu kering or tisu basah khas..senang nak tarik habuk, rambut...tak amik gambar lak magic clean tu nanti2la..aku upload..haha

dah siap semua, jom mak pergi Carrefour Ampang beli groceries. dan dan aku nak start enjin GPS call pulak..sibuk suruh bwk mak aku pergi jln mencabar~jalan TAR, Sogo..tak kuasa aku manusia ramai kat situ..aku dahle takle crowded ni pening kepala trs..

oo mencabar iman tgk baju kurung cotton dan lain2 yg cantik2 dan murah..tapi aku pegang je...hehe menahan diri, dah last minute baru nak beli kans..siap shopping, balik rumah..

petangnya aku sediakan juadah berbuka utk mak..aku tumpang sekaki..haha..tapi InsyaAllah esok dah boleh pose..legaaa...takyah la qada' lama2..adohai..

kurma mak aku bawak siap dari kg
limau abg Lut bg
mangga pun abg lut bg
saje letak tgn atas mangga nak tjk kat korg mangga ni punyalah besar
nasi putih beras Taj Mahal, mak aku berkenan terus dia beli 2kg kat Carrefour RM7.50sekilo..haha aku pun suka beras ni sedap dan sihatla..~~poyo..
telor asin beli kat pasar selasa lepas baru nak rebus..mak aku pandang je telor ni berhari2 aku tak rebus...lepas makan...uish sedap tak masin sgt.. ni telor asin yg bersalut arang tu sebiji 80sen.
saje aku besar2kan gambar akhir ni..inilah daging masak kicap bercili aku masak khas utk mak. aku gunakan daging segar import dari Australia
~halal punya~luar negara punya kehalalan tu boleh yakin sebab diorg kalau memandai letak cap halal kena saman ribu-riban takpun ratusan-riban..ada kentang, tomato&kacang panjang jugak..

dek kerana aku dah masak daging kicap dan rebus telor asin tu, nasi habis dimakan aku dan mak..~biasa aku masak 1 pot beras pun tak habis~mak aku makan bukan main berselera..ohh seronok tgk..teringat anak2 buah aku kalau makan siap rebut2..uish rindulah suasana buka pose kecoh2 ni...

4 ulasan:

  1. sedap tuuu :)sogo this week x ramai org & x brp jam coz org ramai blk kampung.kita baru gi on Saturday 3pm-10pm abis pulus hihihi.coming weekend sure jamnyer

    BalasPadam
  2. i pun malas nak terjah jln TAR & sogo...
    tak suka sgt tempat crowded, nak2 posa nie kan..
    fenin :D

    BalasPadam
  3. mak siap bertambah n berselera tu mesti eri chan masak sedap...buah mangga tu mmg besar..sy suka mangga mcm tu n rasa manis2..xsuka mangga masam...

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.